Sejak kebelakangan ini dapat dilihat berita berkaitan metaverse yang sedang melonjak naik beserta penjualan objek NFT sehingga mencecah jutaan ringgit. Perkara ini sekaligus telah meningkatkan permintaan pelabur kripto baharu terhadap NFT seperti hartanah, kapal maya yang ditawarkan menerusi pelbagai platform pasaran NFT.

Hal yang sedemikian telah menjadikan kriptowang yang berkaitan NFT setakat ini merupakan kumpulan aset digital yang mempamerkan prestasi yang sangat positif sejak bulan November lalu. Menurut data baharu oleh bursa Kraken, peningkatan token NFT sebanyak 42% apabila minat terhadap metaverse melonjak naik.

Sumber Gambar: Economic Times

Metaverse sangat diminati ramai oleh kerana kebolehan pengguna menjadi bentuk avatar yang boleh dimainkan serta berinteraksi bersama pengguna lain, berkerja, membina sesuatu atau menonton acara secara langsung seperti di dunia sebenar. Menerusinya, pengguna boleh membeli hartanah, kapal yacht dan juga kosmetik virtual.

Bahkan, dunia meta yang menggunakan teknologi kripto seperti Decentraland dan The Sandbox kini telah melonjak naik popularitinya di kalangan pengguna internet. Baru-baru ini, kedua platform ini berjaya mencatatkan penjualan hartanah dan kapal mega yacht bernilai jutaan ringgit.

Sumber Gambar: The Sandbox

Didapati 12 kriptowang yang berkait dengan NFT menunjukkan peningkatan nilai sehingga 42% secara puratanya, sementara nilai Bitcoin pula dilihat merundum sedikit sejak kebelakangan ini. Hal ini memberi petanda bahawa NFT telah menjadi arus baharu di dalam dunia kripto yang dilihat mula diminati ramai.

Menariknya, ramai pelabur turut menunjukkan minat yang mendalam terhadap dunia meta dan NFT. Terdapat jangkaan yang mengatakan bahawa NFT juga bakal digunakan secara meluas dalam industri muzik dan seni yang sekaligus memberikan teknologi kripto digunakan secara komersial selepas ini.

Pada awal bulan ini sahaja, sebuah aset NFT termahal di The Sandbox iaitu kapal mega yacht maya berjaya dijual dengan harga RM2.96 juta.

Aset NFT Termahal The Sandbox, Kapal Mega Yacht Maya Ini Berjaya Terjual Dengan Harga RM2.96 Juta

Hartanah Maya Dalam Dunia Metaverse Ini Berjaya Terjual Dengan Harga RM10 Juta

Dalam Tempoh Seminggu Sahaja, Jualan Tanah Di Metaverse Berjaya Mencapai RM423 Juta