Kejayaan kriptowang Shiba Inu mempunyai pemegang sebanyak 1 juta orang pada hari ini sudah menandakan pencapaian besar buat mereka dalam menyaingi syiling meme yang teratas iaitu Dogecoin. Untuk makluman, Shiba Inu merupakan sebuah kriptowang yang digelar meme coin dan ingin menjadi Dogecoin killer di dalam pasaran kripto.

Menerusi pengumuman rasmi Korbit, iaitu sebuah platform dagangan kriptowang yang berpengkalan di Seoul telah memaklumkan bahawa Shiba Inu bakal disenaraikan dalam pertukaran kripto menerusi platform mereka.

Sumber Gambar: Reddit

Kejayaan Shiba Inu berjaya disenaraikan pada platform Korbit jelas merupakan pencapaian besar buat pihak pembangun kriptowang Shiba Inu kerana Korea Selatan mempunyai undang-undang yang sangat ketat terutamanya berkaitan kriptowang.

Pada awal tahun ini juga telah menyaksikan beberapa platform seumpama Korbit terpaksa menggulung tikar kerana tidak berjaya mendapatkan lesen dagangan lanjutan daripada undang-undang yang sangat ketat. Antara platform dagangan kripto yang masih beroperasi di Korea adalah Upbit, Bithumb, Coinone dan Korbit.

Melihat kepada prestasi kriptowang Shiba Inu, tidak mustahil kriptowang ini mampu mengatasi Dogecoin dan digunakan secara meluas sebagai medium pembayaran untuk membeli barangan di serata dunia.

Selain dunia kripto, dunia maya juga antara salah satu perkara yang dijangka bakal menjadi sensasi ditambah pula dengan penglibatan syarikat besar seperti adidas.

adidas Sahkan Kerjasama Dengan Syarikat Coinbase Untuk Sertai Metaverse

Syarikat Pembangun Pokemon Go Bakal Lancarkan Platform ‘Metaverse’ Digelar Sebagai Lightship