Terdapat pelbagai syarikat terkemuka dunia yang sudah mulai menyedari impak dunia blockhain terhadap kehidupan dan kini mereka juga tidak melepaskan peluang menghasilkan NFT mahupun membina dunia meta masing-masing. Nike juga dilihat juga mengikuti jejak langkah yang sama dalam menyertai arus blockhain.

Menerusi laporan terbaharu, Nike telah mengumumkan secara rasmi mengenai pemerolehan sebuah studio pembuat koleksi sneaker digital dan laman koleksi fesyen iaitu RFTKT. Laman ini telah diasaskan pada Januari 2020 oleh Benoit Pagotto, Chris Le dan Steven Vasilev dan menjadi terkenal di seluruh dunia oleh kerana koleksi kasut dan fesyen maya.

Mereka telah mencipta reka bentuk kasut maya dan barang koleksi ekslusif kemudian ditempa menjadi sebagai NFT. Syarikat ini telah berkerjasama dengan ikon terkemuka seperti Takashi Murakami, Jeff Staple, Lexus dan banyak lagi. Pada awal tahun ini sahaja, RTFKT telah berjaya mengutip jualan sebanyak $3.1 juta (~RM13.1 juta) dalam reka bentuk kasut maya.

Pemerolehan ini merupakan satu lagi langkah untuk mempercepatkan transformasi digital serta membawa kreativiti dan inovasi dalam memperluaskan dunia digital Nike. Dengan tindakan ini juga, pengguna mungkin melihat pelbagai penawaran Nike dalam arena dunia meta lebih meluas termasuk kehadiran kasut maya dan juga koleksi barangan eksklusif maya kelak.

Setakat ini, Nike masih tidak menyatakan nilai pemerolehan studio RTFKT atau mendedahkan syarat perjanjian yang dilakukan bagi kedua-dua belah pihak. Penyertaan ini sekaligus menunjukkan lebih banyak syarikat bukan sahaja akan menawarkan produk secara fizikal, bahkan secara maya juga menjadi fokus utama pada masa kelak.

Selain Nike, adidas juga sudah mengorak langkah dengan berkolaborasi bersama syarikat Coinbase untuk sertai dunia meta.

adidas Sahkan Kerjasama Dengan Syarikat Coinbase Untuk Sertai Metaverse

Sarung Tangan Haptik Ciptaan Meta Bolehkan Anda Merasai Objek Maya Seperti Di Dunia Sebenar