Syarikat HUAWEI juga kini giat mengemas kini barisan peranti mereka untuk memenuhi keperluan semasa pengguna di luar sana. Pada kali ini, para peminat telah ditawarkan barisan peranti terbaharu iaitu siri HUAWEI Nova 10.

Menerusinya, terdapat dua jenis model terkini yang merangkumi HUAWEI Nova 10 dan HUAWEI Nova 10 Pro. Peranti ini tampil menarik bukan sahaja dari segi rekaan malah spesifikasi yang disertakan padanya. Mari kita lihat secara terperinci kedua-dua model terbaru keluaran HUAWEI ini.

HUAWEI Nova 10

Sumber Gambar: Huawei

HUAWEI Nova 10 ini dilengkapi skrin OLED sebesar 6.67-inci beresolusi FHD+ dengan sokongan refresh rate 120Hz. Peranti ini juga dijana dengan cip Snapdragon  778G namun tidak mempunyai sokongan rangkaian 5G serta pilihan memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB.

Sistem tri-kamera ini merangkumi 50MP untuk lensa utama, 8MP untuk ultra-lebar dan 2MP untuk kedalaman. Menariknya, siri HUAWEI Nova 10 ini juga muncul sebagai telefon pintar di dalam industri yang sedia menawarkan kamera swafoto sebesar 60MP. Terdapat bateri berkapasiti 4,000mAh yang disertakan bersama sokongan pengecasan pantas 66W.

Sumber Gambar: Huawei

Untuk HUAWEI Nova 10 sedia ditawarkan pada harga RMB2699 (~RM1781) untuk variasi 8GB/128GB dan RMB2999 (~RM1979)  untuk variasi 12GB/256GB.

HUAWEI Nova 10 Pro

Sumber Gambar: Huawei

Sementara HUAWEI Nova 10 Pro turut mempunyai spesifikasi dalaman dan rekaan yang sama. Malah, pilihan memori juga tetap hanya mencapai 12GB dengan storan dalaman sehingga 256GB sahaja. Apa yang berbeza adalah model ini mempunyai panel hadapan yang lebih besar iaitu 6.7-inci OLED beresolusi FHD+ dengan sokongan refresh rate 120Hz.

Dari segi kamera pula juga sama yang mana merangkumi gabungan 50MP+8MP+2MP dan juga dwi kamera swafoto sebesar 60MP+8MP. Kelebihan yang ditawarkan untuk versi Pro adalah bateri yang besar iaitu 4,500mAh bersama sokongan pengecasan pantas 100W. Difahamkan peranti ini juga mempunyai kepantasan fokus 30% dan juga resolusi sebesar 150% pada kamera.

Sumber Gambar: GizChina

Model HUAWEI Nova 10 Pro ini ditawarkan pada harga bermula RMB3699 (~RM2440) untuk variasi 8GB/128GB dan RMB3999 (~RM2638) untuk variasi 12GB/256GB.

Siri HUAWEI Nova 10 ini dilihat sangat berbaloi untuk didapatkan buat kaki fotografi mahu pun pencipta konten yang mahukan kualiti gambar yang padu tidak kiralah dari kamera hadapan atau belakang. Rekaan yang premium serta lebih ringan membuatkan ia sangat mudah untuk dikendalikan dalam seharian.

Selain itu, anda juga boleh mengetahui tentang pilihan yang terbaik antara komputer riba HUAWEI MateBook 14S dan MacBook Pro.

HUAWEI MateBook 14S vs Apple Macbook Pro, Model Manakah Yang Sesuai Menjadi Pilihan Anda?

Berbaloi Dan Berspesifikasi Tinggi, Ini 5 Sebab Utama HUAWEI MateBook 14s Menjadi Pilihan Pengguna