Kehadiran pelbagai komputer riba di pasaran pada ketika ini pastinya memberi kesukaran buat pengguna membuat pilihan. Bukan itu sahaja, pilihan ini dirumitkan lagi dengan penawaran pelbagai teknologi yang ditawarkan setiap jenama.

Dalam pada itu, buat pengguna yang menggunakan komputer riba untuk kegunaan kasual dan kerja, sudah pastinya model dengan harga yang berbaloi beserta spesifikasi yang serba lengkap bagi memenuhi urusan harian antara yang didambakan.

Berdasarkan tinjauan kami, sekiranya anda berada dalam kategori yang disebutkan di atas, HUAWEI MateBook 14s berjaya memenuhi kriteria tersebut. Malah, spesifikasi dan teknologi yang tersedia pada model ini mungkin tidak ditawarkan pada beberapa model daripada keluaran jenama lain. Berikut merupakan sebab utama HUAWEI MateBook 14s wajar dijadikan pilihan.

1. Skrin 2.5K HUAWEI FullView Display

Dalam mendapatkan sebuah komputer riba, sudah pastinya paparan yang menarik dan memukau antara yang menjadi faktor utama buat kebanyakan pengguna. Hal ini kerana paparan menjadi subjek utama sepanjang menggunakan sesebuah komputer riba.

Menerusi HUAWEI MateBook 14S, para pengguna berpeluang mendapatkan sebuah paparan yang bukan sahaja menarik untuk ditonton, malah turut disertakan dengan refresh rate sehingga 90Hz.

Masalah melibatkan bezel pada bahagian tepi bukan lagi isu kerana model ini dilengkapi dengan 90% paparan pada bahagian skrin membuatkan anda tidak lagi terganggu dengan bezel yang berada di sekeliling bahagian skrin.

2. Dilengkapi dengan Dual Eye Comfort

Sering kali apabila menggunakan komputer riba pada model lain untuk tempoh yang panjang, mata pengguna akan mulai berasa kering dan letih. Hal ini kerana model tersebut mungkin tidak dilengkapi dengan Dual Eye Comfort yang berkesan untuk melindungi mata pengguna.

Mengetahui isu yang berlaku, HUAWEI MateBook 14S sedia menawarkannya bersama teknologi Smart Brightness Adjustment membolehkan pengguna dapat menonton model ini untuk tempoh yang panjang sama ada untuk menyiapkan tugasan kerja mahupun menonton filem pilihan.

Lebih meyakinkan pengguna, model ini turut dilengkapkan dengan TUV Rheinland Low Blue Light dan pengesahan daripada TUV Rheinland Flicker.

3. Penawaran spesifikasi yang tinggi dan serba lengkap

Mendapatkan komputer riba sudah pastinya pengguna mengharapkan sesebuah model yang dipilih mampu digunakan untuk tempoh yang panjang. Dalam erti kata lain, sesebuah model haruslah dilengkapi dengan spesifikasi yang tinggi dan serba lengkap dan releven kegunaan jangka masa panjang.

Mengulas mengenai spesifikasi HUAWEI MateBook 14S, model ini dilengkapi dengan processor Intel® Core™ i5 dan i7 generasi kesebelas. Turut dikuasakan bersama adalah 16GB beserta ruang storan SSD 1TB.

Sekiranya anda kerap menggunakan komputer riba untuk menyiapkan tugasan kerja, HUAWEI MateBook 14S pastinya tiada masalah untuk menyelesaikannya tanpa sebarang masalah.

4. HUAWEI SuperCharge 90W

Sebuah perkara yang sudah menjadi keperluan dalam komputer riba pada masa kini adalah kemampuan untuk mengecas dengan pantas. Penawaraan teknologi ini pastinya didambakan ramai kerana dapat menjimatkan masa sementara menantikan sesebuah komputer riba dicas sepenuhnya.

Menariknya, HUAWEI MateBook 14S turut dilengkapi dengan teknologi pengecasan pantas membolehkan pengguna mengecas pada kadar 90W. Sebagai perbandingan, pengguna hanya perlu mengecas selama 15 minit untuk 3 jam penggunaan.

Bukan itu sahaja, model ini turut dilengkapi dengan bateri berkapasiti besar di mana pengguna berpeluang menonton sesebuah video selama 13 jam untuk satu pengecasan penuh. Menarik bukan?

Sekiranya anda menggunakan telefon pintar terkini, komputer riba ini juga turut boleh dicas bersama menerusi perkongsian kabel USB-C. Dalam erti kata lain, anda tidak lagi perlu membawa pelbagai kabel bersama untuk mengecas peranti-peranti anda.

5. HUAWEI Share
Sumber: trusted reviews

Sudah menjadi kebiasaan pada masa kini di mana data atau dokumen diterima tidak kira menerusi telefon pintar mahupun komputer riba. Sekiranya sebelum ini, pengguna berpeluang berkongsinya di emel atau pada laman lain untuk diakses pada peranti lain, kini semuanya menjadi mudah dengan HUAWEI Share.

Pengguna sekadar perlu memilih dokumen yang mahu dikongsikan dan dalam beberapa saat sahaja dokumen tersebut sedia diakses pada telefon pintar HUAWEI lain. Sangat mudah.

Selain itu, para pengguna juga turut berpeluang mengaktifkan mirror mode di mana sesebuah peranti dapat memaparkan visual yang sama seperti yang ditetapkan pada komputer riba. Fungsi extend mode dan collaborate mode yang tersedia untuk digunakan.

Menarik bukan? Fungsi ini walau bagaimanapun hanya boleh diaktifkan sekiranya tablet-tablet tertentu HUAWEI daripada ekosistem HUAWEI.

Sememangnya sebuah komputer riba serba lengkap khususnya buat mereka mahu menggunakannya untuk menyiapkan tugasan dengan penuh produktif. Selain itu, model ini turut sesuai buat mereka yang mahukan penawaran skrin, prestasi dan audio yang terbaik pada sesebuah komputer riba.

Harga

Mengulas mengenai harga jualan, HUAWEI MateBook 14s masih belum mempunyai tanda harga rasmi setakat ini. Dalam pada itu, orang ramai boleh mengetahuinya apabila mulai dilancarkan secara rasmi menerusi APAC Autumn Launch pada 28 Oktober jam 7 petang.

Sekiranya anda seorang pengguna yang kerap menyiapkan tugasan secara on the go, HUAWEI MateBook 14s pastinya antara pilihan yang boleh didapatkan berikutan beratnya yang serendah 1.43kg sahaja. Ketahui lebih lanjut mengenai HUAWEI MateBook 14s dengan layari laman rasmi HUAWEI.

Bulan lalu turut menyaksikan HUAWEI melancarkan telefon pintar flagship terbaru mereka iaitu model HUAWEI Mate 50 Pro.

Huawei Mate 50 Pro Dijangka Hadir Dengan Pengunaan Cip Snapdragon 898

HUAWEI MatePad Pro, Tablet Khas Buat Golongan Profesional Dengan Penggunaan Harmony OS