Antara faktor pemilihan sesebuah telefon pintar sudah semestinya nilai jualan semula yang tinggi dalam tempoh tertentu. Lagi tinggi nilainya, maka lagi berbaloi anda dapatkan. Setiap jenama mempunyai nilai susut yang berbeza untuk model telefon pintar yang ditawarkan.

musicMagpie yang merupakan penjual barangan terpakai di Amerika Syarikat telah berkongsikan sebuah laporan tahunan yang menarik berkaitan nilai susut sesebuah telefon pintar daripada pelbagai jenama terkemuka dalam tempoh 12 bulan ke 24 bulan. Secara umumnya, iPhone dilihat masih kekal sebagai jenama telefon pintar yang memegang nilai yang baik.

Sumber Gambar: musicMagpie

Mengikut data yang terkumpul, iPhone dilihat hanya mengalami penyusutan nilai sekitar 41% dalam tempoh 12 bulan selepas dilancarkan dan sekitar 60% sahaja sewaktu penghujung tahun berikutnya.

Peranti Android dilihat penurunan yang sangat ketara seperti Samsung pada tahun pertamanya nilai susut sebanyak 64% dan diikuti 77% dalam tempoh 24 bulan.

Huawei pula menerima penyusutan nilai yang drastik dalam senarai ini selepas nilai jualan semulanya boleh menurun sekitar 75% dalam tempoh 12 bulan dan meningkat terus kepada 87% selepas 24 bulan. Hal ini disebabkan oleh ketiadaan Google Mobile Services dan juga keupayaan rangkaian 5G yang menjadi keutamaan pengguna hari ini.

Sumber Gambar: musicMagpie

Dalam perkongsian yang sama, ia telah memperlihatkan iPhone dengan sokongan 5G juga lebih lambat untuk susut nilai berbanding peranti Samsung dengan sokongan 5G. Model Huawei Mate 30 Pro mempamerkan prestasi susut nilai yang paling teruk dalam tempoh 12 bulan dengan nilai susut sebanyak 87%.

Pelbagai faktor yang memainkan peranan dalam nilai susut sesebuah telefon pintar di pasaran. Sekiranya anda bercadang untuk mendapatkan sebuah telefon pintar yang berbaloi untuk jangka masa panjang, iPhone sememangnya pilihan yang tepat buat anda.

Hal ini terbukti lagi selepas iPhone telah berjaya dijual sebanyak 2 billion unit dan mempunyai pengguna aktif sebanyak 1 billion di seluruh dunia setakat tahun ini.

Apple Berjaya Jual 2 Bilion iPhone Kepada Pengguna Sejak Mulai Dilancarkan

Baru Sahaja Dibuka Pra-Tempahan, iPhone 13 Pro Max Berjaya ‘Sold Out’ Dalam Tempoh Yang Singkat

Sumber