Bermula 1 Oktober, Apple Malaysia secara rasmi telah membuka laman pra-tempah bagi siri iPhone 13 yang dilancarkan beberapa minggu lalu. Meskipun tidak banyak perubahan yang ditawarkan Apple pada kali ini berbanding model keluaran tahun lalu, namun pelancaran model ini masih lagi disambut meriah.

Menerusi tinjauan beberapa minit selepas siri iPhone 13 ditawarkan tepat jam 12 tengah malam tadi, beberapa laman web yang menawarkan model terbaru ini dilihat telah mulai mengalami masalah untuk diakses yang dipercayai berikutan jumlah pembeli yang ramai yang menyerbu laman yang sama.

Sumber: machines

Bukan itu sahaja, laman Machines turut memaparkan pelbagai model daripada ruang storan dan warna yang berbeza sudah berjaya ditempah oleh orang ramai sehinggakan mereka tidak lagi mempunyai stok lebihan khusus buat mereka yang mahu menempah setakat pada pagi ini.

Tempahan menerusi laman Apple Malaysia pula menunjukkan para pelanggan perlu menanti sehingga 5 minggu dalam mendapatkan model iPhone 13 Pro atau iPhone 13 Pro Max. Dalam pada itu, model ini masih lagi tersedia untuk didapatkan menerusi pra-tempahan.

Sumber: Apple

Melihat kepada penangan siri iPhone 13, jelas menunjukkan siri ini mempunyai tarikannya yang tersendiri di mana orang ramai di Malaysia sanggup berbelanja besar dalam menjadi yang terawal mendapatkan model iPhone terbaik pada ketika ini.

Buat mereka yang mahu mendapatkan di rangkaian pengedar rasmi Apple, model ini sedia ditempah bermula 8 Oktober ini. Sama-sama kita nantikan kemeriahan yang bakal berlaku pada tarikh tersebut menjelang hari pertama orang ramai mendapatkan siri iPhone 13.

Sementara itu, Apple dijangka bakal melancarkan model boleh lipat menjelang tahun 2023.

Apple Mungkin Perkenalkan iPhone Boleh Lipat Menjelang Tahun 2023

Bagaimana Apple Watch Bantu Selamatkan Lelaki Ini Yang Dilanggar Lari Oleh Sebuah Van