Telahpun berlangsung acara pelancaran model terbaru telefon pintar siri Huawei P50 di China. Berdasarkan beberapa maklumat dan imej yang tertiris yang berkaitan dengan siri Huawei P50 sebelum ini, terdapat banyak persamaan yang boleh dilihat antara siri P50 dan siri Honor 50 yang dilancarkan pada baru-baru ini.

vocket-tech-news-p50-7
Sumber Gambar: techidence

Huawei P50 hadir dengan skrin 6.5 inci AMOLED QHD+ beserta refresh rate 90Hz sahaja. Peranti ini pula dikuasakan dengan cip Snapdragon 888 serta dipadankan dengan memori storan 8GB RAM serta ruang storan sehingga 256GB.

Bateri bagi Huawei P50 hadir dengan kapasiti yang lebih rendah iaitu 4,100mAh dan mempunyai sokongan pengecasan seperti versi Pro. Pada bahagian kamera utama turut disertakan 50MP, 12MP telefoto, 13MP ultra wide dengan sokongan OIS. Kamera hadapan pula dilengkapkan dengan sensor 13MP seperti versi Pro.

vocket-tech-news-p50-8
Sumber Gambar: Remonews

Huawei P50 Pro pula didatangkan dengan skrin 6.6 inci AMOLED dengan refresh rate 120Hz. Model ini ditawarkan dengan dua versi cip pemprosesan yang berbeza iaitu cip Snapdragon 888 atau Kirin 9000. Ia juga dipadankan memori sehingga 12GB RAM dan ruang storan sehingga 512GB. Kapasiti bateri sebesar 4,360mAh serta boleh dicas melalui wayar dengan pengecas 66W atau wireless pada kuasa 50W.

Seterusnya, kamera utama model ini ditawarkan dengan sensor 50MP, 64 MP telefoto, 13MP ultrawide dan 40MP sensor hitam dengan sokongan Optical Image Stabilization (OIS). Ditambah pula dengan sistem pemfokusan menggunakan laser untuk memberikan pengalaman mengambil gambar yang lebih baik. Pada bahagian hadapan pula kamera sebesar 13MP.

vocket-tech-news-p50-3
Sumber Gambar: Huawei

Kedua-dua model ini mempunyai ciri kalis air IP68 bersama dengan sistem audio stereo. Sistem operasi yang tersedia adalah HarmonyOS 2. Namun begitu, kedua-dua model ini hanya didatangkan dengan sokongan rangkaian 4G walaupun menggunakan cip Kirin 9000 yang terbaru.

Harga yang ditawarkan pada model Huawei P50 bermula dari RMB4488 (~RM2,988) untuk 8/128GB sementara Huawei P50 Pro pula dijual pada tanda harga RMB5899 (~RM3,871) untuk 8/128GB. Telefon pintar ini telah mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna memandangkan penawaran rangkaian 5G merupakan perkara yang utama pada hari ini.

Jangkaan ketiadaan rangkaian 5G bukanlah suatu yang baru memandangkan ia telah tular sejak beberapa minggu yang lalu.

Huawei P50 Mungkin Ditawarkan Tanpa Rangkaian 5G Seperti Yang Diharapkan

HUAWEI Mate 40 Pro, Peranti Serba Lengkap Tanpa Servis Daripada Google

Sumber