Syarikat Huawei telah menghadapi pelbagai cabaran sejak beberapa tahun kebelakangan ini dalam menawarkan barisan peranti mereka kepada pengguna. Pelbagai usaha yang dilakukan untuk terus bersaing di dalam pasaran peranti yang semakin sengit.

Menerusi laporan terbaru daripada GMS Arena, pelancaran Huawei P50 terpaksa ditangguh berikutan mengalami masalah mendapatkan komponen yang penting untuk peranti flagship kali ini. Rekaanya yang tular juga dilihat mirip seakan-akan Honor 50 yang telah dilancarkan pada bulan yang lalu.

vocket-tech-news-p50-2
Sumber Gambar: GMSArena

Model Huawei P50 bakal hadir dengan cip Snapdragon 888 yang hanya mempunyai sokongan rangkaian 4G. Hal ini berlaku disebabkan oleh isu halangan perdagangan dua hala kuasa besar yang masih berlaku ketika ini telah menyukarkan lagi pihak Huawei mendapatkan komponen sokongan 5G tersebut.

Difahamkan pihak Huawei terpaksa akur dalam menawarkan peranti flagship mereka dengan sokongan rangkaian 4G sahaja di era 5G ini. Langkah ini terpaksa diambil demi meneruskan kelangsungan hidup syarikat yang kian mencabar. Sama-sama kita nantikan kemunculan model ini yang dijangka bakal dilancarkan pada 29 Julai ini.

Sementara itu, Huawei mampu menawarkan sebuah peranti Huawei Mate 40 Pro yang serba lengkap walaupun tanpa servis daripada Google. 

HUAWEI Mate 40 Pro, Peranti Serba Lengkap Tanpa Servis Daripada Google

https://www.thevocket.com/inovatif-dan-serba-boleh-7-ciri-terbaik-yang-ada-pada-huawei-mate40-pro/

Sumber