Dengan sasaran mahu muncul tempat kedua di ASEAN untuk perlumbaan 5G, Malaysia dengan giatnya memperluaskan penawaran 5G secara berperingkat serta menaik taraf liputan rangkaian 4G yang sedia ada. Oleh itu, penawaran rangkaian 3G dijangka sedia ditamatkan pada akhir tahun 2021 lalu lagi.

Namun begitu, berdasarkan laporan yang dikongsikan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mendapati sebanyak 80% daripada jumlah 253,860 pembawa 3G telah ditutup dan selebihnya iaitu 50,486 masih beroperasi seperti biasa. Hal ini menjelaskan bagaimana anda masih boleh menerima rangkaian 3G di kawasan tertentu tanpa liputan 4G yang stabil.

Sumber Gambar: MCMC

Menurut SKMM lagi, kelewatan penutupan tapak 3G bagi sesetengah tempat adalah disebabkan oleh musim banjir dan tengkujuh yang berlaku. Bagaimanapun, penutupan sepenuhnya disasarkan selesai pada 31 Mac 2022 ini. Sementara spektrum yang digunakan untuk 3G boleh digunakan semula untuk meningkatkan liputan dan kapasiti 4G pula.

Dari segi peralihan pengguna, sekitar 79% daripada pelanggan 3G telah pun beralih kepada peranti 4G yang lebih baharu. Baki selebihnya 29% lagi iaitu 440,582 pengguna berpendapat mereka hanya menunggu kesemua pembawa 3G ditutup dan kemudian barulah berhijrah ke 4G.

Sumber Gambar: MCMC

Sehubungan itu, para pengguna digalakkan untuk beralih kepada peranti 4G yang lebih baharu kerana bagi menikmati kelajuan data mudah alih yang lebih pantas dan panggilan suara berkualiti tinggi melalui Volte. Pengguna 3G masih boleh menggunakan peranti sedia ada selepas penutupan 3G tetapi hanya disambungkan ke rangkaian 2G sahaja.

Pada tahun 2021 sahaja, sebanyak 13,807 stesen pangkalan telah dinaik taraf dengan teknologi 4G yang lebih canggih manakala 250 menara 4G baharu telah didirikan di seluruh negara. SKMM mengakui bahawa terdapat aduan pengguna mengenai liputan ekoran penutupan 3G dan sedia berkerjasama dengan syarikat telekomunikasi untuk menanganinya.

Sebelum ini, Serba Dinamik juga menyediakan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi berasaskan satelit kepada penduduk kawasan terpencil secara percuma.

Serba Dinamik Lancarkan MySurFi, Perkhidmatan Internet Berkelajuan Tinggi Di Kawasan Terpencil

MEASAT Tawarkan Perkhidmatan Internet Secara Percuma Kepada Pusat Vaksinasi Di Sabah

Sumber