Syarikat MEASAT Global Berhad kini memaklumkan bahawa mereka sedia menyumbangkan perkhidmatan jalur lebar berasaskan satelit menerusi servis CONNECTme NOW. Tindakan ini dilakukan atas komited mereka dalam memenuhi keperluan sambungan internet rakyat Malaysia pada saat ini.

Sebanyak tiga buah pusat vaksinasi yang menerima servis ini iaitu SK Talungan Telipok yang sudah disambungkan sejak 13 Ogos lalu. Diikuti pula dengan Balai Raya Kg Kolosunan pada 16 Ogos dan SK Babagon Toki pada 17 Ogos baru-baru ini.

MEASAT
Sumber Gambar: CONNECTme Now

Menerusi servis internet jalur lebar CONNECTme NOW ini bakal merangkumi pengguna seramai 2,000 di PPV tersebut dengan kemampuan capaian internet sehingga 30Mbps.

Hal ini sekaligus dapat membantu kakitangan kesihatan di setiap PPV mengemas kini status vaksinasi di aplikasi MySejahtera dan berhubung dengan rakan sekerja lain di sekitar Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur dengan mudah. Usaha ini sangat bermanfaat kerana dapat memudahkan urusan seharian terutamanya di kawasan terpencil.

Sebelum ini juga, Serba Dinamik pernah melancarkan MySurfi iaitu sebuah perkhidmatan internet berkelajuan tinggi berasaskan satelit di sekitar Perak.

Serba Dinamik Lancarkan MySurFi, Perkhidmatan Internet Berkelajuan Tinggi Di Kawasan Terpencil

SKMM Perkenalkan Laman JENDELA, Mudahkan Pengguna Semak Kekuatan Liputan Telekomunikasi

Sumber