Kita sedia maklum Malaysia telah menawarkan liputan 4G sudah mencecah 96% di kawasan berpenduduk di negara ini. Perkembangan ini memperlihatkan negara kita sedang cuba menyaingi negara-negara yang sedang membangun lain di mana rangkaian 5G telah menjadi satu penanda aras baharu bagi kegunaan semua individu.

Terbaharu, Tan Sri Annuar Musa telah mengatakan bahawa salah satu prioriti yang diberikan adalah menyediakan perkhidmatan liputan 5G untuk kegunaan komersial di Malaysia. Fasiliti liputan 5G tempatan pada hari ini dilihat masih belum berada di tahap yang disasarkan.

Oleh hal yang demikian, beliau menegaskan Malaysia perlu mempercepatkan pembangunan teknologi 5G untuk memastikan negara kita boleh menawarkan servis 5G seperti sejumlah negara ASEAN yang lain. Rentetan daripada itu, beliau turut menyasarkan untuk menjadi negara kedua teratas dalam tempoh tiga tahun lagi bagi perlumbaan rangkaian 5G.

Setakat ini, Malaysia mempunyai perancangan untuk melancarkan liputan 5G pada hujung tahun ini menerusi spesifik kawasan terlebih dahulu. Kawasan yang bakal mendapatkan perkhidmatan rangkaian 5G untuk fasa awal meliputi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya.

Jangkaan rangkaian 4G tempatan bakal meliputi semua kawasan dalam tempoh 2 tahun lagi.

Liputan 4G Di Malaysia Bakal Mencecah 100% Dalam Tempoh 2 Tahun Lagi

Anggap Sebagai Hak Asasi, Tan Sri Annuar Musa Sedia Beri Fokus Utama Kepada Internet

Sumber