Serba Dinamik telahpun melancarkan sebuah perkhidmatan internet satelit yang tersendiri dan dinamakan sebagai MySurFi. Satelit yang digunakan berkebolehan untuk memancar perkhidmatan internet ke kawasan-kawasan terpencil yang tiada sambungan jalur lebar pada sebelum ini.

Perkhidmatan Internet Satelit MySurFi dibawah kendalian syarikat Kejuruteraan Serba Dinamik Group Bhd bersama Mosyawa Sdn Bhd. Program ini telah dilaksanakan di Melaka, Kelantan dan diperluaskan ke Larut, Perak.

vocket-tech-news-mysurfi-1
Sumber Gambar: BHarian

Menerusi program khidmat masyarakat oleh Serba Dinamik ini, pengguna bakal menikmati sambungan internet secara percuma selama enam bulan pada waktu pandemik ini. Hal ini dapat meringankan beban pengguna dalam melakukan tugasan dan pembelajaran dari rumah dengan kehadiran internet berkelajuan tinggi ini.

Selain itu, penduduk yang berada di dalam kawasan program MySurFi bakal menerima nama pengguna dan kata laluan bagi mendapat akses ke rangkaian berkenaan melalui sambungan WiFi. MySurfi menyokong peranti yang mempunyai sambungan internet 2.4Ghz atau WiFi 802.11/b/g/n.

Perlaksanaan MySurFi ini adalah sejajar dengan kemajuan teknologi semasa yang sudah mula menggunakan satelit dalam memberikan perkhidmatan jalur lebar pada harga yang lebih berpatutan dan berkelajuan tinggi. Dikhabarkan syarikat ini sedang berada di fasa kajian dan reka bentuk satelit komunikasi tersendiri dengan rakan strategik dari seluruh negara.

Syarikat Starlink juga menawarkan perkhidmatan internet ke seluruh dunia pada harga yang berpatutan serta berkelajuan tinggi dengan menggunakan satelit.

Dipopularkan Elon Musk, Internet Starlink Dijangka Bakal Ditawarkan Di Malaysia Seawal 2022

Mahu Seluruh Rakyat Terima Internet Sama Rata, Jokowi Minta Tingkatkan Pembinaan ‘Tol Langit’

Sumber