Shopee kini dilihat sudah mulai menggurangkan satu demi satu daya tarikan pada platform e-dagang mereka. Baru sahaja mengehadkan nilai baucar untuk penghantaran untuk pelanggan, kini Shopee turut telah mengehadkan baucar yang boleh digunakan pada sesuatu pembelian.

Bermula minggu ini, Shopee kini mengehadkan kepada pengguna boleh menggunakan hanya satu baucar platform dari Shopee sendiri dan juga satu baucar daripada penjual dalam satu-satu masa.

Dengan ini, anda hanya boleh menggunakan satu baucar sahaja daripada Shopee sama ada untuk penghantaran, diskaun atau coin cashback.

Sumber Gambar: Shopee

Sementara untuk penggunaan baucar daripada penjual pula tidak dihadkan sama sekali. Sebagai contoh, pengguna layak menggunakan tiga baucar daripada penjual. Dengan satu baucar daripada Shopee, maka empat baucar dapat digunakan sekaligus untuk check-out daripada kedai tersebut.

Bagaimanapun, langkah ini mungkin menyukarkan pengguna menikmati penjimatan lebih banyak berbanding sebelum ini. Hal ini sekaligus memerlukan pengguna untuk merancang perbelanjaan secara berhemat di platform e-dagang ini.

Sebelum ini, Shopee juga telah meminta peniaga di platformnya untuk menanggung caj barangan yang dipulangkan atau ‘refund’.

Peniaga Shopee Bakal Tanggung Caj Untuk Barang Yang Dipulangkan Atau ‘Refund’ Bermula Bulan Hadapan

Seorang Pengguna Shopee Didapati Berbelanja Lebih Daripada RM247,000 Pada Jualan 3.15

Sumber