Shopee baru sahaja memaklumkan tentang para peniaga di platform mereka akan menanggung kos penghantaran dan pemulangan bagi setiap pesanan yang tidak berjaya iaitu dalam kategori Return/Refund yang dikuat kuasakan bermula 9 Mei ini.

Kos penghantaran ini merujuk pada Forward Shipping Fee (FSF) dan kos pemulangan pula ialah Return Shopping Fee (RSF). Kedua-dua caj ini akan dikenakan apabila pembeli mendapatkan wang mereka semula (refund) atau pun barang dijual dipulang kembali kepada pembeli (return) jika berpunca dari kesalahan penjual.

Sumber Gambar: Shopee

Ini bermaksud jika barang didapati rosak, tidak lengkap, salah atau palsu, maka secara automatiknya penjual akan menanggung kos RSF dan FSF ini kerana berpunca daripada mereka sendiri. Caj ini dikenakan secara langsung sebaik selepas wang pembeli dikembalikan Shopee.

Jika pesanan tidak berjaya bukan disebabkan oleh kesalahan penjual, maka penjual boleh melakukan pertikaian dan menuntut bayaran kembali untuk pesanan yang tidak berjaya tersebut. Difahamkan caj FSF dan RSF ini dikenakan oleh pihak rakan kongsi logistik. Anda boleh baca maklumat terperinci ini menerusi laman web Shopee.

Sumber