Maybank2U  sememangnya menjadi pilihan ramai kerana senang digunakan serta boleh didapati servisnya secara meluas di negara ini. Setiap urusan boleh dilakukan sama ada menerusi laman web mahupun aplikasi MAE dan M2U MY dengan mudah.

Terkini, Maybank baru sahaja mengumumkan tentang perkhidmatan perbankan web Maybank2U bakal menghadapi masalah gangguan buat sementara waktu. Lanjutan daripada itu, para pengguna web Maybank2u bakal melihat masalah lambat dimuatkan dan sekaligus menyukarkan penggunaan menerusinya.

Sebagai solusi bagi memastikan sebarang urusan boleh dilakukan seperti biasa, pihak Maybank meminta para pengguna untuk menggunakan perkhidmatan menerusi aplikasi MAE dan M2U MY terlebih dahulu. Malah, sebahagian pengguna juga didapati menghadapi masalah membuat pembayaran pada aplikasi Grab dan Food Panda.

Setakat ini, pihak Maybank memaklumkan bahawa mereka dalam proses untuk membaik pulih dan sedang berusaha dalam menyelesaikan isu ini secepat mungkin. Diharapkan semua pengguna sedia maklum mengenai masalah sedang dihadapa oleh perkhidmatan perbankan web Maybank2U.

Sementara itu, anda bolehlah meneruskan bacaan artikel-artikel terkini yang disediakan oleh penulis kami.

Kes Curi Elektrik Untuk Lombong Bitcoin Meningkat 400%, Akibatkan Kerugian RM2.4 Bilion

Berjaya Naikkan Industri E-Sukan Tempatan, Soloz Terima Pingat Jasa Kebaktian, Negeri Sembilan

Sumber