Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Papan kekunci merupakan komponen yang wajib dipakai oleh semua pengguna untuk menaip sesuatu pada komputer. Namun, sebahagian papan kekunci yang dipakai mungkin menghasilkan bunyi yang biasa sahaja. Kini anda boleh belajar cara ubah bunyi keyboard pada sesebuah  komputer ataupun laptop yang digunakan.

Menerusi perkongsian akaun TikTok @ammar_pian, beliau telah mengajar cara ubah bunyi keyboard pada komputer atau laptop anda untuk menghasilkan bunyi seakan keyboard gaming sewaktu ditekan. Anda hanya memerlukan sebuah perisian yang boleh dimuat turun secara percuma dan ia boleh dijalankan pada kesemua sistem operasi yang sedia ada.

  1. Lawati laman Mechvibes.

Sumber Gambar: Mechvibes

2. Klik pada bahagian Download dan pilih perisian sistem operasi yang dipasang pada komputer atau laptop anda lalu muat turun perisian tersebut.

cara ubah bunyi keyboard

Sumber Gambar: Mechvibes

3. Selepas fail siap dimuat turun, anda boleh klik pada perisian tersebut untuk dipasang pada komputer atau laptop berkenaan.

cara ubah bunyi keyboard

Sumber Gambar: Mechvibes

4. Selepas siap dipasang, perisian tersebut boleh dilancarkan dan terdapat senarai sejumlah pek bunyi papan kekunci yang boleh dipakai. Setiap padanya menghasilkan bunyi unik yang tersendiri.

Sumber Gambar: Mechvibes

Sekiranya anda mahukan lebih banyak pek bunyi yang menarik lagi, ia boleh dimuat turun menerusi laman Mechvibes atau klik pada More sound di perisian tersebut. Menariknya, pihak pembangun akan menambah pelbagai bunyi lain dari semasa ke semasa.

Kelantangan bunyi papan kekunci juga boleh dilaras mengikut kesesuaian keadaan kerana sudah pasti anda tidak mahu menggangu orang lain pula sewaktu menaip kelak.

Selain itu, perisian ini juga selamat digunakan serta memakai tenaga yang sangat sedikit sepanjang penggunaan. Jadi, anda tidak perlu risau tentang jangka hayat laptop sewaktu menggunakannya.

@ammar_pian_oe

jimat kos haha…sementara simpan duit tu, bagi rasa feeling2 keyboard gaming pon ok lah #pianlaptopsolution #oe #tiktokguru #pdpr #education #techtoktips #tiktokmalaysia

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod

Dalam pada itu, anda turut boleh mematikan perisian tersebut buat sementara waktu melalui Task Manager di sistem operasi ataupun membuang terus sekiranya tidak mahu menggunakan lagi menerusi Control Panel di tetapan komputer atau laptop berkenaan.

Kehadiran perisian ini sememangnya menjadi idaman bagi sesetengah pengguna di luar sana kerana mereka berpeluang merasai pengalaman seperti menggunakan papan kekunci mekanikal yang mahal dan ada yang mahukan kelainan untuk tampil lebih unik.

Selain itu, anda juga boleh belajar cara-cara menambah suara sendiri di Waze untuk tampil lebih unik menerusi pautan di bawah.

Wanita Ini Kongsi Cara-Cara Tambah Suara Sendiri Di Waze Untuk Tampil Lebih Unik

Wanita Ini Kongsi Cara-Cara Mengubah Suai Home Screen Di iPhone Untuk Tampak Lebih Unik

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group