Kunci digital sudah mula diperkenalkan secara meluas oleh para pembangun peranti seperti Samsung dan Google yang sudah boleh digunakan pada model kereta yang terpilih. Ciri ini dapat memudahkan para pengguna untuk memasuki kenderaan serta mengatasi masalah kehilangan kunci fizikal yang sering berlaku sebelum ini.

Sementara Apple juga sedia menawarkan ciri seumpamanya yang boleh digunakan pada model tertentu kereta keluaran BMW. Mark Gurman kini mengatakan bahawa ciri ini akan diperluaskan lagi kepada kereta keluaran selain BMW iaitu Hyundai dan siri Genesis dalam masa terdekat ini.

Sumber Gambar: 9to5mac

Perkara ini dikuatkan lagi selepas terdapat kod berkaitan kunci digital yang ditemukan dalam iOS 15. Jika semuanya berjalan lancar,  ciri Apple CarKey akan boleh digunakan oleh pemilik kereta Hyundai dan Genesis pada musim panas kelak. Setakat ini, Apple dilihat masih berada di dalam fasa awal kunci digital berbanding seperti syarikat Samsung.

Hal ini kerana Samsung sudah menyokong ciri kunci digital pada lebih banyak jenama kereta termasuklah Ford, BMW, Hyundai, Audi dan Genesis yang kini boleh dinikmati pengguna Korea Selatan. Menariknya, Apple juga dikhabarkan bakal menyokong ciri kunci digital ini pada Apple Watch yang boleh memudahkan lagi proses menyah kunci kereta.

Sementara itu, Apple Malaysia sedang menawarkan AirPods secara percuma buat pelajar yang membuat pembelian Mac dan iPad terpilih sehingga 7 Mac ini.

Apple Malaysia Tawarkan AirPods Secara Percuma Kepada Pelajar Yang Membeli Mac Dan iPad Terpilih

Apple Fitness+ Tawarkan Beberapa Ciri Baharu Bagi Meningkatkan Motivasi Pengguna

Sumber