Jika sebelum Lamborghini sedia serta arena NFT dengan karya tersendiri yang terhad sebanyak lima unit sahaja. Kini Hyundai selaku salah satu pembuat kereta terkemuka turut mahu menyertai pasaran NFT dan juga menerokai ruangan metaverse menerusinya.

Terbaharu, syarikat Hyundai Motor telah mengumumkan penyertaan pasaran NFT dengan kolaborasi bersama jenama NFT, Meta Kongz. Dengan ini, syarikat Hyundai Motor ini bakal menjadi pembuat kereta pertama memasuki pasaran NFT dengan komuniti tersendiri termasuklah menyediakan laman web rasmi, saluran Discord dan Twitter.

Dengan menyediakan saluran khas untuk Komuniti NFT Hyundai, syarikat ini boleh menguruskan nilai aset NFTnya. Platform dalam talian ini membolehkan antara syarikat dan ahli komuniti berkomunikasi secara terbuka 24/7 serta mengetahui kemas kini secara langsung informasi berkaitan nilai aset NFTnya.

Menerusinya, Hyundai Motor juga mengeluarkan filem pendek dalam memperkenalkan metaverse NFT mereka iaitu Metamobility Universe yang menampilkan konsep Metamobility yang pernah didedahkan pada acara CES 2022.  Difahamkan syarikat pembuat kereta itu hanya mengisukan sebanyak 30 unit NFT pada bulan May ini bersempena pelancaran filem pendek tersebut.

Di samping itu, hasil keuntungan daripada jualan NFT Hyundai juga akan digunakan untuk pengurusan projek dan juga ahli komuniti. Hyundai juga dalam perancangan untuk memperkembangkan lagi projek metaverse mereka secara berterusan dengan pelbagai inovasi dalam menawarkan pengalaman yang unik pada pengguna.

Sebelum ini juga, syarikat LEGO telah berkerjasama dengan EPic Games untuk menawarkan metaverse untuk serlahkan kreativiti yang mesra keluarga.

LEGO Bersama Epic Games Sedia Bangunkan Metaverse Yang Mesra Keluarga

Coinbase Dilaporkan Bakal Menghasilkan Siri Filem Trilogi Interaktif BAYC