Antara model yang dinantikan oleh peminat Samsung pada tahun ini sudah semestinya adalah Samsung Galaxy S22 Ultra. Siri Galaxy S22 sedia diperkenalkan secara rasminya pada minggu ini oleh pihak Samsung menerusi acara Galaxy Unpacked terbaru.

Terkini, model Galaxy S22 Ultra 5G dilihat sudah pun disenaraikan di Lazada Malaysia yang sekaligus mengesahkan kehadiran model itu tidak lama lagi buat pengguna tempatan. Menerusi maklumat yang dikongsikan daripada penyeneraian itu, ia hadir dengan penggunaan cip Snapdragon 8 Gen 1.

Sumber Gambar: Gamingdeputy

Galaxy S22 Ultra sedia hadir dengan skrin bersaiz 6.8-inci Dynamic AMOLED 2X serta sokongan refresh rate 120Hz. Ditambah pula, kamera utama sebesar 108-megapixel serta kamera hadapan 40-megapixel. Terdapat sokongan dua kad sim slot dan juga sambungan rangkaian 5G pada kali ini.

Jika sebelum ini pasaran tempatan sedia menerima penggunaan cip Exynos bagi penawaran siri Galaxy S, kini nampaknya pihak Samsung sudah menukar strategi untuk menawarkan cip keluaran Qualcomm Snapdragon yang mana dilihat lebih diminati oleh para pengguna berbanding Exynos.

Apa-apa pun, sama kita nantikan pelancaran rasmi yang bakal berlangsung pada 9 Februari ini secara dalam talian. Anda juga boleh melayari laman rasmi Samsung Malaysia untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan acara Galaxy Unpacked kali ini.

Sebelum ini, Samsung dilihat sedang menerokai dunia kripto dengan menjadi jenama pertama di dunia yang menawarkan TV bersama intergrasi platform NFT.

Samsung Muncul Sebagai Jenama TV Pertama Dunia Tawarkan Platform NFT

Samsung Kini Melabur Pada Platform Avatar 3D Untuk Terokai Dunia Meta

 

Sumber