Siri Galaxy S22 sedang hangat diperkatakan dengan pelbagai spekulasi yang dibuat oleh pengguna internet. Setelah setahun berlalu sejak pengenalan Samsung Galaxy S21, maka ramai yang tidak sabar akan kehadiran siri generasi terbaharu yang pasti dilengkapi dengan teknologi yang lebih canggih.

Terbaharu, Samsung sendiri sudah mengesahkan bahawa mereka bakal melancarkan Samsung Galaxy S22 secara rasmi pada 9 Februari 2022 kelak. Semua ini terjawab setelah pihak Samsung memuat naik sebuah video rasmi berjudul Samsung Galaxy Unpacked February di saluran Youtube mereka.

https://www.youtube.com/watch?v=2ykQRba4kM4

Samsung Galaxy S22 merupakan siri flagship yang dinantikan oleh para peminatnya pada tahun ini kerana dijangka bakal dilengkapi dengan spesifikasi terkini seperti penggunaan cip Snapdragon 8 agen 1, memori sehingga 12GB RAM beserta storan dalaman sebesar 512GB.

Dalam pada itu, acara ini juga bakal berlangsung secara dalam talian seperti mana yang pernah dibuat pada acara Samsung Unpacked sebelum ini oleh Samsung. Oleh itu, sama-sama kita nantikan pada 9 Februari ini untuk melihat kehadiran peranti terbaharu Samsung ini.

Selain menghasilkan peranti, kini Samsung juga sudah muncul sebagai jenama TV pertama di dunia yang menyokong ciri platform NFT menerusinya.

Samsung Muncul Sebagai Jenama TV Pertama Dunia Tawarkan Platform NFT

Samsung Kini Melabur Pada Platform Avatar 3D Untuk Terokai Dunia Meta

Sumber