Lazada merupakan salah satu laman e-dagang yang sering dikunjungi oleh pengguna di Malaysia. Menerusi penawaran pelbagai barangan serta diskaun yang ditawarkan, pasti ramai yang sudah berbelanja besar dalam mendapatkan barangan yang diingini. Terbaharu, anda berpeluang mengetahui cara-cara semak perbelanjaan Lazada dengan mudah.

Memetik daripada Twitter @faizedzahar, beliau sekali lagi telah berkongsi cara-cara semak perbelanjaan Lazada dengan hanya satu klik pada butang bookmarks sahaja. Menggunakan tools yang disediakan, ia boleh mengira semua barangan yang dibeli serta senarai nama barangan dipaparkan sekaligus menerusinya .

  1. Pertama sekali, anda boleh kunjungi laman tools tersebut dengan klik di sini.
  2. Kemudian, tarik butang berwarna biru yang disediakan ke bahagian bookmarks bar di laman pelayar yang digunakan.
  3. Selepas itu, pergi ke laman Lazada dan log masuk ke akaun Lazada anda menggunakan komputer.
  4. Pergi ke bahagian My Orders atau klik pada pautan ini untuk lebih mudah.
  5. Akhir sekali, anda hanya perlu klik pada bookmarks yang disimpan dan ia akan menyenaraikan kesemua barangan berserta harga bersamanya dan jumlah keseluruhan yang dibelanjakan setakat ini secara automatik.
cara semak perbelanjaan lazada
Sumber Gambar: Twitter Faizedzahar

Kini anda sudah boleh menjejak setiap barangan yang dibelanjakan dengan semudah klik pada bookmarks sahaja. Setakat hari ini, sudah berapakah jumlah yang anda belanjakan sepanjang menggunakan Lazada?

Selain itu, anda juga boleh mengetahui cara menyemak jumlah perbelanjaan sepanjang menggunakan Shopee menerusi pautan di bawah ini.

Lelaki Ini Kongsi Cara-Cara Semak Jumlah Perbelanjaan Sepanjang Menggunakan Shopee

Tidak Perlu Ke Bank, Ini Cara Mudah Tukar Kad Debit Maybank Secara Dalam Talian

Sumber