Samsung sememangnya sudah terkenal sebagai pengeluar utama panel LCD dan LED serta pelbagai peranti elektronik kepada pengguna dunia. Kini dilihat Samsung juga sedang menerokai potensi dunia NFT dengan memperkenalkan ciri baharu yang dikenali sebagai NFT Platform pada televisyen pintar keluaran mereka.

Perkembangan arena NFT yang cukup memberangsangkan pada ketika ini sekaligus membuatkan pihak Samsung mengintai peluang menarik minat orang ramai untuk mendapatkan televisyen pintar mereka dengan mengintegrasikan sokongan tersebut. Perkara ini sudah pasti boleh memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak.

Sumber Gambar: Gadget Flow

Menerusi aplikasi khusus yang disediakan ini, ia akan memudahkan pengguna untuk mencari karya dengan senang serta boleh membuat pembelian menerusi platform berkenaan. Pengguna turut boleh melakukan aktiviti dagangan NFT mereka secara terus melalui kaca televisyen mereka.

Tambahan pula, ciri terbaharu ini hanya ditawarkan secara khusus buat beberapa model televisyen pintar termasuklah Micro LED, Neo QLED dan juga The Frame yang dijangka bakal dilancarkan pada tahun ini. Samsung turut menyatakan bahawa penawaran ciri baharu ini diambil kira oleh kerana peningkatan permintaan NFT yang mendadak.

Sumber Gambar: The Block

Sekiranya televisyen pintar ini sedia ditawarkan buat pasaran tempatan, anda boleh mengakses semua NFT dalam talian serta melakukan sebarang urusan dagangan NFT dengan mudah menerusi satu tempat sahaja.

Selain itu, Eminem baru sahaja membelanjakan sejumlah RM1.87 juta untuk sebuah karya NFT yang menyerupai dirinya.

Eminem Sanggup Bayar RM1.87 Juta Untuk Karya NFT Yang Menyerupai Dirinya

6 Artis Tempatan Yang Sudah Terlibat Dalam Dunia NFT