Sering kali kita melihat potongan harga yang terlampau tinggi pada produk seperti tidak masuk akal terutamanya sewaktu jualan besar-besaran. Sebenarnya terdapat cara semak harga sebenar sesuatu barangan di platform e-dagang yang digunakan.

Dengan mengetahui sebenar sesuatu barangan, anda boleh menilai sama ada berbaloi untuk dibeli atau sebaliknya. Mari kita pelajari cara menyemak harga sebenar barangan di platform Shopee dan Lazada sebelum diskaun.

Cara semak harga sebenar barangan di Shopee dan Lazada

1. Mula-mula sekali, anda perlu memuat turun extension Ali Shopping Assistant for Shopee dengan klik di sini dan pasangkan pada pelayar yang digunakan. Malah, sejumlah pelayar menyokong extensions ini termasuklah Chrome, Edge, Brave dan beberapa pelayar berasaskan Choromium.

Sumber Gambar: Google Chrome

2. Setelah siap dipasang extension tersebut, anda boleh kunjungi laman web Shopee atau Lazada dan buka produk yang mahu dibeli.

cara semak harga sebenar
Sumber Gambar: Google Chrome

3. Pada paparan menu di bahagian penjuru bawah kiri, klik pada Price. Di sini, barulah anda boleh melihat trend harga yang ditawarkan untuk produk yang ingin dibeli secara terperinci.

Sumber Gambar: Google Chrome

4.  Pada paparan carta harga, anda boleh lihat secara keseluruhan harga yang ditawarkan dalam tempoh tiga bulan, enam bulan atau setahun sekaligus. Anda boleh bandingkan harga yang ditawarkan sebelum potongan harga pada bulan-bulan sebelumnya dengan harga tawaran yang terkini.

cara semak harga sebenar
Sumber Gambar: Google Chrome

Perlu diingatkan, AliPrice ini hanya dapat memberikan harga terkini dua hari sebelum di mana harga pada sebelum tawaran tidak dapat dipaparkan dalam graf. Di samping itu, extensions ini akan terpapar secara automatik sebaik anda membuat sesuatu carian produk di laman e-dagang.

Dengan informasi yang diberikan, anda boleh melihat trend jualan barangan yang ingini dibeli sama ada benar-benar menerima diskaun atau hanya tipu helah sahaja pada hari jualan. Anda boleh kongsikan artikel ini supaya lebih ramai mengetahui harga diskaun yang diberikan benar-benar murah atau sebaliknya.