Sebelum ini, sudah tular tentang Samsung bakal menjadi pembekal panel OLED eksklusif untuk model Apple iPhone 14 Pro. Kita sedia maklum Samsung mempunyai kepakaran dalam menghasilkan skrin panel OLED terbaik untuk paparan visual yang menarik pada perantinya.

Nampaknya kini mereka akan berkerjasama lagi apabila Samsung dikatakan sedang mengadakan perbincangan dengan Apple untuk menjadi pembekal cip M2 yang akan datang. Samsung-Electro-Mechanics sedang berusaha untuk membekalkan susbtrat flip-chip-ball array (FC-BGA) bagi cip Apple M2 kelak.

Sumber Gambar: MacRumors

Untuk makluman, Substrat FC-BGA merupakan substrat pakej semikonduktor berintegrasi tinggi yang digunakan untuk unit CPU dan GPU yang memerlukan sambungan litar berketumpatan tinggi sepertimana Apple Silicon.

Laporan berkenaan juga memaklumkan Samsung sedang membangunkan sebuah papan pakej semikonduktor yang selari dengan jadual pengeluaran peranti baharu Apple. Kemungkinan besar peranti berkenaan dikuasakan oleh cip M2 baharu.

Bagaimanapun, perkara ini masih belum dapat disahkan memandangankan kedua-dua belah pihak tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara ini. Menerusi hubungan yang pernah dijalinkan antara kedua-dua syarikat gergasi sebelum ini, perkara sebegini boleh terjadi lagi.

Selain itu, Apple dijangka akan perkenalkan sembilan model Mac yang dikuasakan oleh cip M2.

Apple Dijangka Akan Perkenalkan 9 Model Mac Yang Dikuasakan Oleh Cip M2

Apple Sedia Patenkan ‘Gaming Controller’ Yang Boleh Dipadankan Pada iPhone Dan iPad