Boleh dikatakan peranti iPhone dan iPad sememangnya menjadi pilihan ramai gamer di luar sana untuk memainkan sejumlah permainan video yang bergrafik tinggi dengan lancar. Hal ini terbukti kerana penggunaan cip serta perkakasan yang padu boleh mengoptimasi setiap permainan video pada tahap maksimum.

Menerusi laporan terbaharu, syarikat Apple kini telah menfailkan beberapa paten berkaitan reka bentuk ‘gaming controller’ tersendiri untuk digunakan pada kedua-dua rangkaian peranti iPhone dan iPad. Malah, Apple juga mendakwa controller ni boleh dipasang secara magnetik serta mudah digunakan dan akan mempunyai reka bentuk yang ergonomik.

Sumber Gambar: Hypebeast

Terdapat dua rekaan gaming controller yang dibangunkan yang mana mempunyai reka bentuk seperti Joy-Con yang tersedia di Nintendo Switch dan satu lagi mempunyai rekaan segi empat rata yang hampir kelihatan seperti NES Controller.

Menariknya, Apple juga dilihat sedia mematenkan rekaan controller dengan ciri thumbsticks, D-pad dan seumpanya seperti yang terdapat pada pengawal konsol Playstation. Difahamkan controller ini mungkin direka khusus untuk dimainkan pada peranti yang lebih besar yang mana lebih dekat dengan barisan Mac barang kali.

Sumber Gambar: Patently Apple

Seperti biasa, paten ini menunjukkan bahawa teknologi itu masih di peringkat awal pembangunannya dan ada kemungkinan Apple tidak akan memperkenalkan kepada pengguna. Jadi, buat anda yang berminat harus menantikan kemas kini maklumat dari semasa ke semasa.

Selain itu, Apple juga dijangka bakal melancarkan pengecas USB-C 35W yang boleh mengecas dua peranti secara serentak pada masa kelak.

Apple Bakal Lancarkan Pengecas USB-C 35W Yang Boleh Mengecas Dua Peranti Secara Serentak

Apple Watch Dijangka Akan Tawarkan Sokongan Satelit Bagi Menghantar Mesej Sewaktu Kecemasan