Boleh dikatakan majoriti kita akan memilih sesuatu produk berdasarkan iklan yang disiarkan. Oleh itu, setiap syarikat di luar sana perlulah telus dalam mempromosikan produk mereka agar tidak menjadi indah khabar dari rupa sahaja.

Terkini, pengawal selia di Australia menyatakan bahawa mahkamah telah memerintahkan Samsung Australia untuk membayar penalti sejumlah $14 juta (~RM43 juta) bagi sembilan iklan yang mengelirukan.

Sumber Gambar: Cellphones

Iklan yang dimaksudkan adalah berkenaan ciri kalis air pada sesetengah model Samsung termasuk Galaxy S7, S7 Edge, A5 (2017), A7 (2017), S8, S8 Plus dan Note 8. Difahamkan lebih 3.1 juta unit daripada model tersebut berjaya terjual di Australia.

Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Australia (ACCC) berkata bahawa Samsung Australia telah mengakui bersalah dalam mengelirukan atau memperdaya pengguna tentang ciri kalis air pada beberapa model Galaxy.

Bagaimanapun, Samsung Australia mengeluarkan kenyataan bahawa isu tersebut hanya membabitkan model lama dan tidak menjadi masalah bagi model terkini dan semasa. ACCC mendapati syarikat berkenaan mengiklankan di kedai dan media sosial antara Mac 2016 hingga Oktober 2018 mengatakan telefon yang dinyatakan boleh digunakan dalam kolam dan laut.

Hal ini menjadi serius apabila badan berkaitan menerima ratusan aduan pengguna memberitahu peranti mereka tidak berfungsi dengan baik atau rosak selepas didedahkan sepenuhnya pada air. Dengan penalti ini juga, pihak ACCC mahu menjadikan ia sebagai satu peringatan keras kepada setiap perniagaan bahawa setiap maklumat produk mestilah tepat.

Selain Samsung, Apple sebelum ini pernah diarahkan membayar denda sebanyak RM4,656 kerana tidak sertakan pengecas.

Ekoran Tidak Sertakan Pengecas, Apple Diarahkan Bayar Denda Sebanyak RM4,656 Kepada Seorang Lelaki Brazil

Hilang Pendengaran Angkara AirPods Pro, Ibu Bapa Mangsa Failkan Saman Terhadap Apple

Sumber