Samsung Galaxy Z Fold3 dan Samsung Galaxy Z Flip3 telahpun dilancarkan secara rasmi pada 11 Ogos yang lepas. Penawaran model terbaru ini dilihat hadir dengan pelbagai penambah baikan pada teknologi telefon pintar boleh lipat yang menjadikan ia lebih sesuai untuk kegunaan jangka panjang.

Samsung Malaysia baru-baru ini telah memaklumkan Samsung Galaxy Flip3 berserta storan dalaman 128GB berharga RM3,999 manakala Samsung Galaxy Z Fold3 dipadan storan dalaman 128GB sedia ditawarkan pada harga RM6,699. Model dengan ruang storan 256GB sedia ditawarkan pada harga yang lebih tinggi iaitu RM4,199 dan RM7,099.

vocket-tech-news-samsung-fold-`
Sumber Gambar: SCMP

Pra-tempah bagi kedua-dua model ini akan dibuka bermula 19 Ogos – 21 September 2021 menerusi beberapa platform seperti kedai atas talian dan pengedar sah Samsung di seluruh Malaysia.

Pihak Samsung turut menawarkan baucar RM850 berserta pakej Samsung Care+ yang berharga mencecah RM799. Pembelian untuk Samsung Galaxy Z Flip3 pula didatangkan dengan baucar bernilai RM600 dan pakej Samsung Care+ yang juga bernilai mencecah RM699.

Ketahui spesifikasi bagi kedua-dua model telefon pintar boleh lipat oleh Samsung yang dilancarkan pada 11 Ogos yang lalu dengan klik pautan di bawah.

Samsung Lancarkan Telefon Pintar Boleh Lipat Z Flip3 5G dan Z Fold3 5G

Samsung Mendedahkan Rekaan Galaxy S21 FE Di Instagram Secara ‘Tidak Sengaja’

Sumber