Kita sedia maklum bahawa Samsung sudah berjaya menarik minat ramai pengguna baru dengan peranti boleh lipat selepas pelancaran Samsung Galaxy Z Fold3 5G dan Z Flip3 5G ini. Kedua-dua model ini sedia dipra-tempah oleh pengguna pada bulan Ogos lalu dan kini ianya telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia.

Samsung Galaxy Z Fold3 5G didatangkan dengan skrin paparan AMOLED Infinity Flex Display yang berukuran 6.2 inci dan boleh dibuka dengan lebih luas sehingga 7.6 inci dengan sokongan refresh rate 120Hz. Selain itu, model ini dijana dengan cip Snapdragon 888 berserta memori 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB.

Sumber Gambar: Gizchina

Kapasiti bateri sebesar 4,400 mAh disokong pula dengan pengecasan pantas 25W menerusi kabel pengecas sementara pengecasan wireless hanya menyokong 11W sahaja. Peranti ini turut menyokong penggunaan stylus S-Pen Fold Edition yang boleh disimpan pada kerangka khas yang ditawarkan.

Dari segi kamera pula, ianya digabungkan dengan tiga sensor iaitu 12MP+12MP+12MP yang merangkumi lensa sudut wide, sudut ultrawide dan telephoto. Kamera swafoto pula didatangkan dengan 10MP berserta kamera bawah skrin sebesar 4MP. Kedua-dua model ini juga hadir dengan piawaian kalis air IPX8 buat pertama kalinya untuk peranti boleh lipat.

Sumber Gambar: Samsung

Spesifikasi Samsung Galaxy Z Flip3 5G pula hadir dengan skrin berukuran 6.7inci Infinity Flex Display serta sokongan refresh rate 120Hz dan mempunyai lapisan kaca UTG untuk meningkatkan ketahanan kaca apabila dilipat berkali-kali. Perbezaan utama yang terdapat pada Flip3 ini adalah ketiadaan sokongan stylus S Pen dan tidak mempunyai teknologi kamera bawah skrin.

Peranti ini juga menggunakan cip yang sama iaitu Snapdragon 888 dengan memori 8GB RAM dan sokongan storan sehingga 256GB. Disertakan kapasiti bateri sebesar 3,300 mAh bersama pengecasan 15W dan secara wireless 10W. Kamera utama pada bahagian belakang turut digabungkan dengan 12MP+12MP bagi sudut wide dan sudut ultrawide dan kamera hadapan pula sebesar 10MP.

Model Samsung Galaxy Z Fold3 5G akan dijual pada harga RM6,699 untuk 12/256GB dan RM7,099 untuk 12/512GB. Sementara model Samsung  Galaxy Flip3 5G pula akan ditawarkan pada harga RM3,999 untuk 8/128GB dan akhir sekali RM4,199 untuk 8/256GB.

Anda boleh mengetahui lebih lanjut pengalaman menggunakan model Samsung Galaxy Z Flip3 untuk seharian menerusi pautan di bawah.

Pandang Pertama Galaxy Z Flip3 5G, Peranti Boleh Lipat Penuh Gaya Daripada Samsung

Samsung Lancarkan Telefon Pintar Boleh Lipat Z Flip3 5G dan Z Fold3 5G

Sumber