Sejak emoji diperkenalkan dalam aplikasi permesejan, dapat dilihat orang ramai kini sudah mulai selesa menggunakannya dalam menggambarkan emosi dan membuatkan mesej menjadi lebih rancak.
Dalam pada itu, terkadang emoji yang digunakan mungkin kurang sesuai kerana mungkin membawa maksud yang berbeza. Menerusi perkongsian Twitter @caden_hariss, beliau telah berkongsi screenshot perbualan beliau bersama ayahnya yang menunjukkan ayahnya menggunakan emoji jari tengah sebagai tanda tunjuk.
Situasi yang berlaku nyata membuatkan netizen terkejut dan terhibur dalam masa yang sama mengetahui bapanya turut menggunakan emoji yang sama sewaktu mesej bersama majikan beliau.
Bapak aku pon😑 kalau kene buang kerja aku tahu punca dia daripada apa. pic.twitter.com/9oBZ1vby8N
— caden harriss (@caden_harriss) August 6, 2021
Seperti yang ramai sedia maklum, menunjukkan jari tengah dilihat sebagai tidak sopan. Walau bagaimanapun, terkadang golongan berumur ini menafsirkan penggunaan jari tengah sebagai tunjuk dan tidak berniat untuk menunjukkan contoh yang tidak baik.
Difahamkan situasi ini tidak hanya berlaku kepada lelaki berkenaan, sebaliknya beberapa lagi netizen lain turut menunjukkan ibu bapa mereka terkadang silap dalam menggunakan jari tengah sebagai tunjuk.
https://twitter.com/00cinnamonsugar/status/1423624922396463111
https://twitter.com/arissaqillaa/status/1423654801200410632
Same energy dengan mak aku. Wish birthday pun kena mat 😭 pic.twitter.com/YHeGEGBnv6
— DB18 (@danybhry) August 6, 2021
Melihat kepada pelbagai situasi yang sama berlaku, diharapkan isu ini tidak lagi berulang kerana mampu membawa maksud yang berbeza sekiranya diterima oleh individu yang baru sahaja dikenali.
Tular pada minggu ini apabila Aman Shah berkongsi tip yang diamalkan FBI dan CIA dalam mengelakkan telefon pintar digodam.
Diamalkan FBI Dan CIA, Aman Shah Kongsi Tip Elak Telefon Pintar Digodam
Wanita Ini Kongsi Cara-Cara Buang Rating Negatif Dengan Betul Di Shopee