Sudah sekian lama pengguna iOS di seluruh dunia menunggu kemas kini terbaharu, akhirnya Apple hari ini menawarkan kemas kini iOS 15.4 di mana terdapat ciri yang dinantikan ramai iaitu menyah-kunci iPhone menggunakan Face ID walaupun ketika memakai pelitup muka.

Akan tetapi, ciri ini dilihat hanya terhad kepada pengguna iPhone terbaharu iaitu iPhone 12 dan iPhone 13 sahaja. Sebagai alternatif bagi model sebelumnya, anda perlu memakai Apple Watch untuk menyah-kunci telefon tanpa perlu menanggalkan pelitup muka. Kaedah ini boleh berfungsi untuk kesemua iPhone yang mempunyai Face ID.

Sumber Gambar: Tom’s guide

Selain itu, anda juga boleh menikmati refresh rate 120Hz pada aplikasi bagi pengguna iPhone yang dilengkapi skrin 120Hz ProMotion sahaja. Untuk mereka yang sememangnya pengguna tegar ekosistem Apple, kini Universal Control di Mac dan iPad boleh dikawal menggunakan satu tetikus dan papan kekunci ddengan lancar.

Di samping itu, iOS 15.4 turut hadir dengan sejumlah emoji baharu, suara Siri yang diperbaharui dan sebagainya. Bagi anda yang menggunakan iPhone, boleh ke halaman Software Update untuk menikmati sejumlah ciri kemaskini menarik hari ini.

Antara yang hangat dibualkan pada tahun ini adalah jangkaan siri iPhone 14 versi Pro sahaja yang bakal dengan cip pemprosesan Apple A16.

Jangkaan Hanya Siri iPhone 14 Versi Pro Ditawarkan Dengan Cip Pemprosesan Apple A16

Apple iPhone 14 Pro Dijangka Hadir Dengan RAM Mencecah 8GB

Sumber