Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Apple baharu sahaja memperkenalkan iPhone SE 2022 yang dikemas kini dengan cip Apple A15 Bionic. Cip pemprosesan yang serba canggih ini sudah cukup berkuasa untuk menjalankan sebarang aplikasi serta tugasan seharian dengan lancar menerusinya.

Menerusi perkongsian terbaharu daripada penganalisa Ming-Chi Kui, dikatakan hanya siri iPhone 14 versi Pro sahaja yang akan dinaik taraf menggunakan cip Apple A16 terbaru. Sementara iPhone 14 dan juga iPhone 14 Max akan kekal menggunakan cip Apple A15 yang sedia ada.

Sumber Gambar: Phone arena

iPhone 14 Max dijangka bakal menggantikan penawaran versi Mini yang dilihat agak kurang popular di kalangan pengguna. Hal ini kerana orang ramai lebih berminat untuk mendapatkan versi SE yang lebih kompak serta dilengkapi spesifikasi yang terkini pada harga yang lebih berbaloi.

[Sekejap] Belajar cara trade NFT dalam Bahasa Melayu. Belajar Sekarang!

Jika perkara ini benar-benar jadi seperti yang dijangkakan, maka ini adalah kali pertama Apple menawarkan cip berbeza dan membawa perubahan yang besar antara model biasa dan Pro pada kali ini. Selain itu, Apple juga dijangka sedia menawarkan memori yang berbeza bagi kedua-dua versi tersebut.

Walaupun perubahan ini mungkin berlaku, ramai pengguna masih berpendapat cip Apple 15 Bionic sudah memadai kerana ia cukup berkuasa tinggi dan masih relevan bagi kegunaan dalam beberapa tahun mendatang. Jadi, penawaran harga juga mungkin berlaku perubahan yang cukup besar bagi versi Pro pada kali ini.

Sebelum ini juga sudah mendengar terdapat ura-ura siri iPhone 14 versi Pro juga akan ditawarkan dengan jumlah storan RAM sehingga 8GB.

Apple iPhone 14 Pro Dijangka Hadir Dengan RAM Mencecah 8GB

iPhone 14 Dijangka Hadir Dengan Rekaan Baharu Beserta Penyertaan Kamera Pada Atas Skrin

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group