Pada tahun lalu, kita sedia menyaksikan sejumlah ciptaan emoji baharu yang akan ditambah pada pelbagai jenis platform peranti kelak. Kesemua emoji yang berjaya diluluskan oleh Konsertium Unicode dijangka mulai ditawarkan pada awal tahun ini.

Terbaharu, Apple akhirnya bakal memasukkan emoji baharu pada platform mereka menerusi kemas kini iOS 15.4 kelak. Seperti yang kita sedia maklum, terdapat pelbagai emoji tercipta hasil inspirasi daripada isu semasa di dunia serta frasa yang sering digunakan oleh golongan muda hari ini.

Sumber Gambar: Gadgets 360

Antara emoji yang bakal dimasukkan adalah seperti sign tangan berbentuk hati, lelaki mengandung dan sebagainya. Versi akhir Unicode 14.0 ini juga termasuklah pelbagai variasi tona kulit emoji yang ditambah untuk menunjukkan keharmonian dan kesama rataan hak tanpa mengira latar belakang.

Malah, Unicode 14.0 sudahpun ditawarkan pada beberapa jenama besar telefon pintar yang menggunakan Android 12. Sementara buat pengguna Apple pula, ia hanya tersedia pada peranti dengan kemas kini iOS 15.4 terbaharu ini. Bagaimanapun, emoji ini sedia ditawarkan secara meluas sebaik sahaja kemas kini iOS terbaharu versi stabil ditawarkan kepada umum.

Selain itu, didapati ramai golongan berumur telah tersalah anggap bahawa emoji ‘Middle Finger’ sebagai cari menunjuk arah pula.

Ramai Golongan Berumur Tersalah Anggap Emoji ‘Middle Finger’ Sebagai ‘Tunjuk’

5 Fakta Menarik Tentang Tabiat Netizen Malaysia Melayari Media Sosial Pada Tahun 2021

Sumber