WhatsApp baru sahaja mengumumkan ciri baru yang dinamakan WhatsApp Communities. Selain itu, pihak pembangun juga telah berkongsi beberapa perubahan baru yang akan diperkenalkan pada WhatsApp Group.

Terdapat empat perkara baharu yang diumumkan oleh WhatsApp untuk WhatsApp Groups. Pertama sekali, ia hadir dengan ciri reaksi yang mana membolehkan pengguna dalam WhatsApp Groups memberikan reaksi berbentuk emoji pada sesuatu mesej tanpa perlu menghantar mesej emoji atau pun memberi sticker seperti sebelum ini.

Sumber Gambar: WhatsApp

Selain daripada itu, pentadbir kumpulan atau admin group kelak boleh membuang mesej yang tidak diingini daripada sesuatu Groups dengan mudah. Maka, hanya mesej yang penting sahaja yang dipaparkan serta lebih mudah untuk diuruskan.

Ciri paling menarik pada kali ini sudah semestinya kebolehan perkongsian fail dengan saiz sehingga 2GB sekaligus memudahkan lagi pelbagai urusan pengguna menggunakan WhatsApp Groups sahaja.

Akhir sekali, WhatsApp Groups akan menyokong panggilan audio serentak yang boleh merangkumi sehingga 32 indidivu dalam sesuatu masa. Ciri ini dijangka akan diperkenalkan pada WhatsApp Groups dalam beberapa minggu akan datang.

Ikuti juga kisah terkini Elon Musk yang berminat  untuk memiliki syarikat Twitter sepenuhnya dengan nilai RM182 bilion.

Elon Musk Berminat Untuk Miliki Syarikat Twitter Sepenuhnya Dengan Nilai RM182 Bilion

NFT ‘Tweet Pertama Jack Dorsey’ Berharga RM202 Juta Hanya Terima Bidaan RM19,879 Sahaja