Jika sekitar 10 hari lalu Elon Musk berjaya menjadi pemegang saham terbesar syarikat Twitter, manusia terkaya dunia ini nampaknya tidak menunggu lama untuk membeli saham Twitter sepenuhnya.

Kenyataan berikut diumumkan menerusi Twitter beliau di mana Elon Musk sedia mendapatkan Twitter dengan nilai $54.20 (~RM229.51) setiap saham sekaligus membawa nilai keseluruhan Twitter kepada $43 bilion (~RM182.08 bilion).

Elon Musk turut memaklumkan beliau melihat potensi yang besar pada aplikasi Twitter serta berhasrat untuk meningkatkan potensi aplikasi sekiranya berjaya membelinya. Hal ini turut merangkumi kebebasan bersuara dan sebagainya.

Setakat ini masih belum diketahui misi Elon Musk untuk mendapatkan aplikasi Twitter berjaya atau sebaliknya. Dalam pada itu, menurut laporan Reuters, salah seorang pemegang saham Twitter dari Arab Saudi menolak bidaan Elon Musk untuk mendapatkan syarikat tersebut.

Difahamkan punca ahli perniagaan ini menolak Elon Musk dalam mendapatkan saham Twitter adalah berikutan harga bidaan Elon Musk yang dikatakan terlalu rendah.

Tular pada minggu ini apabila terdapat netizen yang meluahkan rasa kecewa apabila mendapati program ePemula yang dikhususkan buat para pelajar yang dibenarkan untuk perbelanjaan secara offline sahaja.

Netizen Kecewa Program ePemula Hanya Sah Untuk Pembelian Secara Offline Sahaja

Berbekalkan Headphone Razer Kraken, Nyawa Lelaki Ini Terselamat Daripada ‘Peluru Sesat’

Sumber