Pengasas Twitter iaitu Jack Dorsey pernah menawarkan ciapan pertama beliau yang dihantar pada tahun 2006 dalam bentuk NFT. NFT tersebut berjaya dijual kepada Sina Estavi pada harga hampir RM12 juta  dan kini beliau pula ingin menjual semula NFT ini dengan harga yang jauh lebih tinggi.

Malang sekali buat beliau, dengan meletakkan harga $478 juta (~RM202.94 juta) dan berjanji akan mendermakan separuh hasil jualan kepada sebuah badan amal tidak seperti yang diharapkan. Selepas disenaraikan di OpenSea, bidaan tertinggi yang diterima untuk NFT ini hanya mencecah $4,704 (~RM19,888.31).

Sumber Gambar OpenSea

Lebih menyedihkan lagi bidaan terendah untuk NFT yang cukup ikonik ini adalah sekitar 0.0019 ETH bersamaan RM13 sahaja. Dengan masa tetapan yang terhad, ia menjadi satu cabaran buat pemilik untuk mendapatkan bidaan yang lebih tinggi seperti yang diharapkan.

Sudah menjadi antara NFT yang mendapat perhatian dunia, kegagalan untuk dijual pada harga sekurang-kurangnya boleh mendapatkan balik modal menjadi kejutan buat orang ramai. Malah, pasaran NFT  di peringkat global juga dilaporkan mengalami jumlah transaksi yang menjunam sehingga 70%.

Sebelum ini juga, Melania Trump juga telah dikesan menipu tentang penjualan koleksi NFTnya yang tidak menerima sebarang bidaan.

Mahu Buktikan Bernilai Tinggi, Melania Trump ‘Kantoi’ Beli Karya NFT Sendiri Dengan Harga RM712,215

Facebook Dan Instagram Bakal Tawarkan Platform Jual Beli NFT Selepas Ini