Setakat tahun ini sahaja sudah beberapa kali CIMB Bank mengalami masalah melibatkan teknikal serta pembayaran. Pada bulan ini, perkara ini sekali lagi berulang dimana orang ramai kurang berpuas hati dengan servis bank ini.
Berikutan isu yang berlaku, pihak CIMB telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang menyatakan CIMB Bank dan CIMB Islamic Bank kini mengalami masalah teknikal melibatkan beberapa sistem pembayaran kad kredit secara atas talian.
Important Notice: We had some technical issues which affected some of our banking services. Sorry for the inconvenience. We'd like to clarify that our core banking systems & data remain intact. You may still perform banking transactions via CIMB Clicks, CIMB BizChannel & ATMs.
— CIMBMalaysia (@CIMBMalaysia) September 4, 2019
Pihak CIMB telah pun mengambil maklum mengenai isu serta memohon maaf kepada pelanggan yang terlibat. Para pelanggan juga dinasihatkan untuk menggunakan kaedah pembayaran berlainan melalui CIMB Clicks, CIMB BizChannel atau servis layan diri.
Berdasarkan isu yang berlaku, para netizen juga turut meluahkan kekecewaan yang membuatkan urusan seharian mereka terganggu. Berikut antara yang dikongsikan di laman Twitter.
URGH CIMB CLICKS YOU USELESS SOTONG pic.twitter.com/AbBVPOj9du
— plain jane (@encmym) September 4, 2019
Apa benda ni @CIMBMalaysia @CIMB_Assists ? I want to check my money la pic.twitter.com/pMTjlGxK0E
— Laki Ain toncet (@farhan_hakeem) September 5, 2019
done emptying my CIMB account
— 𝒶𝒹 (@saadahnoh) September 6, 2019
Diharap pihak CIMB dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera bagi memudahkan orang ramai menyemak baki akaun serta membuat pembayaran kad kredit secara atas talian.
Berikut kami kongsikan beberapa berita lain melibatkan CIMB Bank. Klik pautan dibawah untuk membacanya.
https://www.thevocket.com/pengguna-kecewa-aplikasi-cimb-clicks-masih-lagi-tidak-boleh-diakses/
https://www.thevocket.com/kontrak-berat-sebelah-cimb-kalah-kes-mahkamah-kepada-pelanggannya/
https://www.thevocket.com/pengguna-cimb-terdedah-serangan-hackers-dinasihatkan-untuk-tukar-kata-laluan/