Syarikat Nokia masih berusaha untuk membangunkan semula telefon pintar selepas penampilan Nokia 9 Pureview yang kurang memberangsangkan di pasaran. Syarikat Nokia berkerjasama dengan syarikat HMD Global untuk menghasilkan telefon pintar yang lebih baik.

Melalui laporan ITHome, Zhang Yucheng merangkap pengurus produk HMD di China telah memuat naik status di akaun Weibo mengenai pelancaran sebuah telefon pintar 5G baru di dalam sebuah majlis rasmi pada tarikh 11 November yang akan datang namun status telahpun dipadam.

Spesifikasi Nokia X50 yang telah tersebar di internet turut memberikan gambaran telefon pintar yang akan datang bakal dilengkapi dengan teknologi yang lebih baik.

Yang terkini, terdapat ciapan daripada Nokia anew menyatakan model Nokia X70 akan dilengkapi dengan sensor yang dibangunkan sendiri oleh teknologi Nokia. Perkara ini menguatkan lagi desas desus kehadiran telefon 5G baru ini sememangnya sebuah telefon pintar flagship. Terdapat kemungkinan telefon pintar baru ini hanya terhad untuk pasaran China sahaja.

Jika khabar angin ini sememangnya sahih, kita bakal melihat penampilan telefon pintar 5G terbaru daripada jenama Nokia pada tahun ini. Peminat Nokia setia pasti tidak sabar ingin mengetahui perkembangan syarikat Nokia untuk terus bersaing di dalam pasaran.

Anda juga mungkin meminati untuk mengetahui spesifikasi telefon pintar Nokia 9 Pureview yang pernah dilancarkan pada tahun 2019.

Nokia 9 Pureview Dilancarkan Dengan Lima Kamera Pada Bahagian Belakang

Kisah Nokia Yang ‘Hilang Taring’ Kerana Tidak Mahu Berubah