Pada pertengahan bulan ini, Nokia telah membuat satu ciapan mengenai kehadiran sebuah peranti misteri yang tahan lasak pada 27 Julai nanti. Perkara ini telah menjadi kenyataan dengan pengumuman yang baru sahaja dibuat oleh mereka.

Nokia secara rasmi telah melancarkan sebuah peranti tahan lasak yang mempunyai ketahanan gred ketenteraan iaitu Nokia XR20. Peranti ini dilengkapi dengan skrin berukuran 6.67-inci FHD+ IPS LCD berserta janaan cip Snapdragon 480 yang menyokong rangkaian 5G.

vocket-tech-news-nokia-baru-3
Sumber Gambar: CDN

Selain itu, ia hadir dengan memori sehingga 6GB RAM dan ruang storan dalaman 128GB serta sokongan slot mikroSD sehingga 512GB. Bateri bersaiz 4,360mAh menjanjikan jangka penggunaan sehingga 2 hari berturut-turut dan disokong dengan pengecasan pantas 18W.

Nokia XR20 didatangkan dengan kamera utama yang menggabungkan sensor 48MP dan 13MP ultrawide dengan LED flash. Pada bahagian hadapan pula hanya terdapat kamera sebesar 8MP sahaja.

vocket-tech-news-nokia-baru-1
Sumber Gambar: CNBC

Selain itu, Nokia XR20 turut tampil dengan panel belakang yang tahan lasak dan telah memenuhi standard MIL-STD810H yang boleh menahan hentakan dari ketinggian 1.8 meter. Peranti ini telah menerima penarafan IP68 kalis air dan debu dan terdapat perlindungan Gorilla Glass Victus pada panel hadapan.

Pengimbas cap jari diletakkan pada bahagian sisi dengan satu butang tambahan untuk melancarkan sebarang aplikasi yang ditetapkan oleh pengguna. Dari segi audio pula telah dipasang pembesar suara stereo dengan sistem audio spatial teknologi OZO bersama lubang audio jack 3.5mm.

vocket-tech-news-nokia-baru-2
Sumber Gambar: jj99news

Pihak Nokia telah menyatakan sokongan perisian akan diterima oleh pengguna selama 3 tahun bagi sistem operasi Android, manakala sokongan sekuriti pula sehingga 4 tahun.

Nokia XR20 akan dijual pada tanda harga £449 (~RM2,625) untuk versi 6/128 GB dengan pilihan warna antara Ultra Blue atau Granite yang bermula pada 24 Ogos 2021. Peminat Nokia pasti tidak sabar untuk mendapatkan peranti ini memandangkan pelbagai fungsi menarik yang tersedia.

Sementara itu, terdapat desas-desus mengenai telefon flagship baru yang akan dilancarkan di China pada bulan November ini.

Nokia Dijangka Bakal Lancarkan Telefon Flagship Terbaru Sempena 11.11 Akan Datang

Tidak Perlu Lagi Guna ‘Case’, Nokia Bakal Lancar Telefon Pintar Tahan Lasak

 

Sumber