Nokia G50 dilihat telah tertiris secara tidak sengaja sebelum tarikh pelancaran rasmi yang dijangka bakal berlangsung tidak lama lagi. Model G50 ini merupakan telefon pintar kelas pertengahan dengan sokongan rangkaian 5G daripada Nokia.

Menerusi perkongsian NokiaMob.net, Nokia G50 dengan tidak sengaja telah ditunjukkan melalui perkongsian klip video rasmi promosi di akaun Instagram Nokia Mobile France. Terbitan tersebut telah dipadamkan namun masih sempat disimpan oleh pengguna internet.

vocket-tech-news-g50-1
Sumber Gambar: Nokiamob.net

Berdasarkan teks terjemahan pada terbitan tersebut, ia menunjukkan Nokia G50 bakal menawarkan jangka hayat bateri yang luar biasa dan menyokong sambungan 5G. Dari segi fotografi pula, kamera utama akan hadir dengan sebesar 48MP. Terdapat dua variasi warna yang ditawarkan iaitu Blue dan Midnight Sun.

Model ini hadir dengan takuk berbentuk waterdrop manakala bahagian belakang pula mempunyai modul kamera berbentuk bulat berserta tiga kamera dan lampu LED. Sebelum ini juga, spesifikasi telefon ini telah didedahkan bakal dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 480 5G dengan pemasangan sistem operasi Android 12.

Memandangkan syarikat berkenaan telah mengacah dengan video promosi Nokia G50 5G, ini menandakan tarikh pelancaran mungkin tidak jauh lagi. Kemungkinan model ini akan diperkenalkan pada sekitar bulan September bersama dengan tayangan perdana James Bond terbaru berikutan Nokia juga merupakan rakan kongsi rasmi pada filem tersebut.

Dalam pada itu, Nokia telah memperkenalkan secara rasmi model Nokia XR20 di mana menampilkan ketahanan gred tentera seperti tradisi model ikonik mereka.

Nokia XR20 Kini Rasmi, Ketahanan Gred Tentera Serta Sokongan Sekuriti Sehingga 4 Tahun

Nokia Dijangka Bakal Lancarkan Telefon Flagship Terbaru Sempena 11.11 Akan Datang

Sumber