Pada sebelum ini HMD Global yang mana mempunyai penglibatan dalam pembuatan peranti Nokia telahpun berkongsi maklumat berkenaan acara pelancaran sesebuah peranti baharu pada 6 Oktober ini. Ramai menjangkakan sebuah telefon pintar baharu bakal diperkenalkan pada tarikh yang disebutkan.

Terkini, pihak Nokia sendiri telah mengesahkan peranti yang dimaksudkan adalah sebuah tablet generasi terbaharu menerusi terbitan ciapan di akaun Twitter. Berdasarkan gambar yang dikongsi, Nokia hanya memperlihatkan rekaan tablet pada bahagian sisi sahaja buat masa ini.

Dalam pada itu, terdapat maklumat tertiris berkaitan tablet berkenaan yang dikenali sebagai Nokia T20 yang hadir dengan dua variasi sama ada sokongan WiFi ataupun sokongan WiFi dan sambungan selular sekaligus. Skrin bersaiz 10.36 inci yang dilengkapi memori 4GB RAM serta storan dalaman 64GB dengan jangkaan penggunaan cip pemprosesan Unisoc.

Pasti ramai peminat tablet di luar sana juga tidak sabar untuk mengetahui spesifikasi terperinci tablet ini. Sama- sama kita nantikan acara pelancaran 6 Oktober ini ini untuk menyaksikan pengenalan tablet terbaharu keluaran Nokia.

Pada bulan lalu, Nokia telahpun melancarkan model XR20 secara rasmi dengan ketahan gred tentera serta sokongan sekuriti sehingga 4 tahun lamanya.

Nokia XR20 Kini Rasmi, Ketahanan Gred Tentera Serta Sokongan Sekuriti Sehingga 4 Tahun

Nokia G50 Tertiris Secara Tidak Sengaja Sebelum Tarikh Pelancaran Rasmi

Sumber