Model Nokia 3310 masih menjadi sebutan ramai apabila membicarakan mengenai ketahanan sesebuah telefon itu. Sehingga kini, syarikat Nokia masih bergiat aktif dalam menghasilkan peranti yang berkualiti tinggi untuk bersaing dengan syarikat pengeluar ternama lain.

Menerusi ciapan daripada akaun rasmi Nokia, telefon akan datang mereka bakal hadir dikatakan tahan lasak sehinggakan tidak perlu lagi menggunakan sebarang case perlindungan tambahan. Berdasarkan ciapan tersebut, Nokia bakal memperlihatkan model misteri tersebut pada 27 Julai 2021 yang akan datang.

Berdasarkan pemerhatian yang dibuat melalui gambar tersebut, rekaan telefon ini kelihatan seperti model Nokia X10 dan Nokia X20 yang dilengkapi empat kamera lensa serta penjenamaan daripada syarikat Zeiss bersama LED flash. Ini mungkin juga model baharu Nokia XR20 yang sebelum ini dikatakan bakal dilancarkan Nokia tidak lama lagi.

Adakah peranti ini bakal menyambung legasi ketahanan Nokia 3310? Sama-sama kita nantikan pengumuman secara terperinci yang akan dibuat pada 27 Julai kelak. Model ini mungkin akan menerima permintaan yang banyak daripada pengguna sekiranya ia benar-benar seperti yang diperkatakan.

Nokia turut dijangkakan bakal hadir dengan telefon flagship terbaru sempena festival 11.11 akan datang di China.

Nokia Dijangka Bakal Lancarkan Telefon Flagship Terbaru Sempena 11.11 Akan Datang

Kisah Nokia Yang ‘Hilang Taring’ Kerana Tidak Mahu Berubah

Sumber