Tarikh 12.12 bakal tiba dan nampaknya Lazada sekali lagi bakal mengadakan promosi besar-besaran dalam membolehkan para pengguna memperoleh pelbagai barangan yang ditawarkan dengan harga diskaun dan berbaloi.

Menariknya pada kali ini, Lazada sedia menawarkan 50,000 baucar pengeposan percuma tanpa mengira had bermula 6 Disember pada jam 8 pagi setiap hari. Dalam erti kata lain, para pengguna boleh berbelanja untuk kegunaan sendiri atau hadiahkan kepada yang tersayang tanpa perlu membayar kos pengeposan.

Sebagai hadiah istimewa daripada Lazada kepada penggunanya, para pengguna berpeluang mengumpulkan Lazada Bonus penuh berjumlah RM320 dengan mengunjungi aplikasi Lazada setiap hari, bermain permainan Lazzie Star, menyempurnakan misi LazCoins dan sebagainya.

Sepanjang Jualan 12.12 Lazada dari 12 hingga 14 Disember, Lazada Bonus yang dikumpulkan boleh digunakan untuk menebus diskaun tambahan RM10 bagi setiap RM100 yang dibelanjakan bagi produk dengan lencana Lazada Bonus.

Lazada Jingle 12.12

Khusus buat pembaca VOCKET, Lazada sedia menawarkan baucar RM120 buat pembaca bertuah yang berjaya menerusi peraduan yang dianjurkan ini. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah meneka jumlah perkataan ‘Lazada’ yang disebutkan pada video di bawah. Mudah bukan?

Anda boleh mengisi jawapan anda dengan klik di sini. Khusus buat para pemenang yang akan kami hubungi, anda boleh tebus baucar ini dengan ikuti tiga langkah mudah ini sahaja.

1. Muat turun aplikasi Lazada menerusi Apple App Store atau Google Play Store

2. Pilih barangan yang anda mahukan pada aplikasi Lazada dan klik pada Add to Cart.

3. Seterusnya, masukkan kod baucar sebelum sebelum mengesahkan pembayaran.

Baucar yang ditawarkan secara tidak langsung membolehkan anda berbelanja lebih banyak barangan beserta diskaun menerusi promosi 12.12. Apa tunggu lagi? Inilah masa anda untuk mencuba nasib memperoleh baucar daripada Lazada.

 

Tular pada minggu ini apabila syarikat Dyson dilaporkan telah menamatkan hubungan dengan pembekal di Malaysia berikutan dakwaan mengeksploit warga asing.

Didakwa Mengeksploit Warga Asing, Dyson Tamatkan Hubungan Dengan Pembekal Di Malaysia

Dalam Tempoh Seminggu Sahaja, Jualan Tanah Di Metaverse Berjaya Mencapai RM423 Juta