Platform e-dagang, Lazada sehingga ke hari ini mempamerkan prestasi yang baik dalam memenuhi keperluan membeli barangan dalam talian. Dengan potensi yang besar untuk menjana keuntungan berlipat kali ganda, kini syarikat Alibaba memperhebatkan lagi pelaburan terhadap platform tersebut.

Alibaba kini dilaporkan telah mengandakan usaha platform e-dagang di bawah pegangannya iaitu Lazada dengan melabur sekitar $912.5 juta (~RM4.08 bilion). Untuk makluman penambahan suntikan tunai telah meletakkan pembiayaan pelaburan ke atas Lazada pada awal tahun ini mencapai nilai $1.3 bilion (~RM5.8 bilion).

Sumber Gambar: Alizila

Pada awal Mei lalu, syarikat Alibaba telah menyuntik dana sebanyak RM1.9 bilion kepada Lazada. Penambahan suntikan tunai ini secara langsung seiring dengan matlamat Alibaba untuk mencapai sasaran GMV mereka pada paras $100 bilion (~RM447 bilion) kelak.

Pada masa yang sama, platform e-dagang tersebut dijangka bakal meluaskan jejak jenamanya di pasaran Eropah tidak lama lagi. Pada ketika ini Lazada masih mengekori persaingan pertumbuhan bersama Shopee dan Tokopedia.

Sebelum ini juga, SneakerLAH berjaya menerima pelaburan sebanyak RM7 juta daripada syarikat gergasi ?Korea Selatan.

SneakerLAH Terima Pelaburan RM7 Juta Daripada Syarikat Gergasi Korea Selatan

DOKU Berjaya Dapatkan Platform Pembayaran Tempatan senangPay Dengan Nilai RM33.38 Juta

Sumber