Salah satu masalah yang sering terjadi apabila menyimpan nombor kenalan adalah terdapat lebihan salinan. Oleh kerana ia sangat mengganggu, sebaiknya, kita memadam lebihan salinan yang biasa terjadi pada aplikasi Google Contacts.

Sebenarnya, aplikasi Google Contacts sudah menyediakan satu ciri untuk memadam salinan lebihan kenalan dengan mudah dan pantas. Mari kita pelajari cara memadam lebihan salinan kenalan pada Google Contacts dengan lebih terperinci.

Cara memadam lebihan salinan kenalan pada Contacts

1. Pertama sekali, anda perlu pergi aplikasi Google Contacts.

2. Kemudian, anda teruskan dengan klik pada tab Fix & Manage yang terletak di bahagian bawah.

cara memadam lebihan kenalan
Sumber Gambar: Google Contacts

3. Selepas itu, anda pilih pula Merge & Fix.

Sumber Gambar: Google Contacts

4. Pada paparan berikutnya, klik Merge Duplicates. Di sini, Google akan menyenaraikan kesemua lebihan salinan kenalan yang dikesan secara automatik di dalam aplikasi tersebut.

Sumber Gambar: Google Contacts

5. Seterusnya, anda perlu tap pada merge untuk menyatukan salinan senarai kenalan secara berasingan atau pun Merge all untuk menyatukan kesemuanya sekaligus.

Sumber Gambar: Google Contacts

6. Selesai proses penggabungan, anda sudah tidak lagi melihat salinan nombor kedua seperti sebelum ini.

Selain memadam salinan kenalan tambahan, anda juga boleh mengimport nombor kenalan yang disimpan dalam sim ke dalam aplikasi tersebut. Jadi, anda sudah tidak perlu mengimport secara manual yang sudah pasti mengambil masa yang lama.

Diharapkan dengan tutorial ini dapat memudahkan anda memadam lebihan salinan kenalan yang boleh mengganggu produktiviti harian anda. Anda boleh kongsikan kepada kenalan yang menggunakan peranti Android agar mereka juga boleh menyelesaikan masalah yang dibelenggu selama ini.

Ketahui juga cara memadam kata laluan yang disimpan secara tidak sengaja pada pelayar Google Chrome.

Ini Caranya Memadam Kata Laluan Yang Disimpan Secara Tidak Sengaja Pada Google Chrome

Lebih Mudah Dan Pantas, Ini Caranya Membayar Bil Elektrik Menerusi Aplikasi myTNB