Setiap video yang dirakam menerusi peranti anda selalunya hadir dalam saiz yang besar sekaligus sukar untuk dikongsi dan memakan ruang yang banyak. Untuk mengatasi masalah tersebut, anda perlu mengetahui cara mengecilkan saiz video dengan mudah menerusi peranti Android sahaja.

Antara cara popular untuk mengecilkan saiz video adalah dengan menggunakan sebuah aplikasi suntingan yang dinamakan Video Compressor. Kini anda boleh pelajari dengan lebih terperinci cara mengecilkan saiz video dengan mudah dengan menggunakan aplikasi Video Compressor.

Cara mengecilkan saiz video pada peranti Android

1. Pertama sekali, anda perlu memasang dan buka aplikasi Video Compressor pada peranti anda.

2. Kemudian, pilih menu Compress.

cara mengecilkan saiz video
Sumber Gambar: Video Compressor

3. Langkah seterusnya adalah dengan memberikan kebenaran kepada aplikasi untuk mengakses fail pada galeri anda.

cara mengecilkan saiz video
Sumber Gambar: Video Compressor

4. Selepas itu, pilih mana-mana video yang anda inginkan untuk mengubah saiznya menjadi kecil. Seperti gambar contoh, sebuah video yang bersaiz 9MB telah dipilih.

cara mengecilkan saiz video
Sumber Gambar: Video Compressor

4. Pada halaman berikutnya, anda boleh pilih jenis resolusi video yang bersesuaian dengan citarasa. Semakin kecil resolusinya, maka makin kecil jugalah saiz sesuatu video tersebut. Berdasarkan gambar di bawah, terdapat sejumlah pilihan saizĀ  resolusi yang boleh diubah bergantung kepada saiz video tersebut.

Sumber Gambar: Video Compressor

5. Masukkan nama baru pada video baharu yang ingin disimpan dan klik Compress untuk meneruskan proses pengecilan saiz video tersebut.

Sumber Gambar: Video Compressor

6. Setelah video selesai dikecilkan, anda boleh klik pada Done.

Sumber Gambar: Video Compressor

Sebagai peringatan, anda sebaiknya mendapatkan kualiti video pada resolusi 720P agar video yang disimpan boleh ditonton dengan jelas. Selain daripada pilihan 720P, kualiti video menjadi sangat kabur dan pecah.

Selepas ini, anda bolehlah berkongsi video dengan lebih mudah pada sebarang platform atau aplikasi pemesejan. Malah, ruang untuk storan dalaman juga dapat dijimatkan untuk kemas kini perisian dan aplikasi penting lain pada peranti Android yang digunakan.

Selain itu, anda juga boleh mengetahui cara mudah menghilangkan notifikasi tertentu pada peranti Android dan iOS.

Ketahui Cara Mudah Hilangkan Notifikasi Tertentu Pada Peranti Android Dan iOS

Lelaki Ini Ajarkan Cara Untuk Navigasi Komputer Menggunakan Telefon Pintar Sahaja