Majoriti daripada kita sudah pasti menerima sejumlah notifikasi daripada pelbagai aplikasi pada peranti yang digunakan. Kadang-kadang notifikasi yang banyak ini agak mengganggu sekaligus ingin mengetahui cara hilangkan notifikasi tertentu.

Kehadiran notifikasi-notifikasi ini adalah berpunca daripada sejumlah aplikasi yang digunakan oleh kita sendiri. Jadi, mari kita pelajari cara mehilangkan notifikasi tertentu pada Android dan iOS untuk paparpkan yang penting sahaja.

Cara hilangkan notifikasi tertentu pada Android

1. Pertama sekali, anda perlu pergi ke bahagian Settings pada peranti yang digunakan lalu klik pada Notifications & status bar.

cara hilangkan notifikasi tertentu
Sumber Gambar: Android

2. Selepas itu, klik pada Manage notifications untuk mengakses tetapan notifikasi bagi setiap aplikasi yang dipasang pada peranti.

cara hilangkan notifikasi tertentu
Sumber Gambar: Android

3. Pada bahagian ini, klik mana-mana aplikasi yang anda tidak mahu menerima dan melihat pada bahagian skrin utama.

Sumber Gambar: Android

4. Akhir sekali, anda boleh menghilangkan notifikasi dengan klik pada Allow notifications. Bagaimanapun, anda boleh mengubah suai untuk memaparkan notifikasi pada lock screen sahaja atau pada tab notifikasi.

Sumber Gambar: Android

Cara hilangkan notifikasi tertentu pada iOS

1. Anda pergi pada aplikasi Settings pada iPhone yang digunakan.

2. Tekan pada Notifications.

3. Skrol ke bawah untuk melihat senarai aplikasi yang anda mahu menghalang notifikasi daripada terus dipaparkan pada lock screen anda. Seperti di dalam gambar, kita akan klik pada aplikasi Amazon untuk menghilangkan notifikasi yang dipaparkan.

cara hilangkan notifikasi tertentu
Sumber Gambar: HelloTech

4. Akhir sekali, anda hanya perlu menutup tetapan notifikasi aplikasi berkenaan dengan klik pada Allow Notifications.

Sumber Gambar: HelloTech

Selepas ini, anda bolehlah melihat notifikasi-notifikasi yang penting sahaja pada lock screen atau tab notifikasi. Hal ini bukan sahaja membuatkan anda lebih peka dengan urusan yang lebih penting, malah ia dapat meningkatkan produktiviti seharian sekaligus.

Semoga dengan tutorial ini dapat memberi manfaat buat anda yang mungkin masih tidak mengetahui untuk menghilangkan sesetengah notifikasi yang selalunya memenuhi pada skrin utama peranti. Anda boleh kongsikan artikel ini agar lebih ramai mengetahui cara untuk menghilangkan notifikasi yang tidak diingini pada peranti.

Selain itu, anda juga boleh mempelajari cara untuk menavigasi komputer menggunakan telefon pintar sahaja.

Lelaki Ini Ajarkan Cara Untuk Navigasi Komputer Menggunakan Telefon Pintar Sahaja

Semudah Ikuti 5 Langkah Mudah, Ini Caranya Menukar Nama Pada Gmail Untuk Tampak Profesional