Selain Apple, Google juga dilihat sedang giat membangunkan pelbagai ciri menarik pada kemas kini sistem operasi Android untuk dimanfaatkan oleh para pengguna. Antara ciri yang sedang difokuskan adalah berkaitan pemantauan kesihatan kendiri yang boleh diakses pada peranti.

Terkini, Google dilaporkan sedia mengintegrasikan beberapa ciri-ciri menfokuskan kesihatan pada sistem operasi Android. Antara yang sedang dibangunkan termasuklah menjejak langkah perjalanan, denyutan nadi dan yang terbaru pula sedia mengesan dengkur dan batuk ketika terus pada telefon pintar mereka.

Sumber Gambar: Gearbest

Menerusi langkah ini, pengguna boleh melakukan pengesanan corak tidur yang lebih efektif lagi. Malah, pengguna juga boleh mengumpul data tidur untuk rujukan kepada yang lebih pakar jika mengalami masalah tidur atau seumpamanya.

Setakat ini, masih tidak diketahui lagi sama ada akan diperkenalkan secara meluas kepada semua platform peranti Android atau hanya disediakan secara eksklusif kepada barisan Pixel mereka sahaja.

Sementara itu, Google juga dilaporkan bakal menggunakan teknologi HUAWEI menerusi kemas kini Android 13.

Google Dilaporkan Bakal Gunakan Teknologi HUAWEI Dalam Kemas Kini Android 13

iOS 16 Dilaporkan Bakal Menyertakan Ciri ‘Always-On Display’ Pada Model iPhone 14 Pro