Boleh dikatakan semua orang akan menukar peranti pada saban tahun tidak kiralah telefon pintar atau tablet untuk menikmati spesifikasi yang lebih baik. Tahukah anda peranti lama itu boleh dijadikan kamera sekuriti untuk mengawasi kawasan rumah anda?

Menerusi perkongsian akaun TikTok @osd2umy_oe, beliau telah mengajar cara bagaimana untuk menukar peranti lama anda menjadi kamera sekuriti yang berguna. Untuk berbuat sedemikian, anda memerlukan dua peranti di mana peranti lama dijadikan sebagai kamera CCTV manakala peranti lain disambungkan untuk tujuan pengawasan.

Selain itu ia menyokong mana-mana platform tidak kira sama ada Android dan juga iOS di mana anda hanya perlu memuat turun sebuah aplikasi khas yang dinamakan AlfredCamera Home Security di Google Play Store atau App Store. Ikuti langkah di bawah untuk menjadikan peranti lama anda sebagai CCTV di rumah.

1. Pasang aplikasi AlfredCamera Home Security pada peranti utama yang mahu dijadikan sebagai kamera sekuriti dan sebuah lagi peranti untuk pengawasan. Untuk makluman, aplikasi ini boleh didapatkan secara percuma sahaja.

2. Kemudian, anda perlu log masuk emel untuk mendaftar sebagai akaun baharu pada peranti utama tersebut. Emel yang sama juga bakal digunakan pada peranti lain untuk mengakses fungsi kamera tersebut dan melihat situasi secara langsung dari jarak jauh.

kamera sekuriti
Sumber Gambar: Aplikasi AlfredCamera Home Security

3. Pilih mana-mana tujuan anda ingin menggunakan fungsi kamera sekuriti tersebut pada peranti berkenaan.

Sumber Gambar: : Aplikasi AlfredCamera Home Security

4. Akhir sekali, anda hanya perlu log masuk akaun yang sama pada peranti yang mahu dijadikan sebagai Viewer. Selepas siap disambungkan, kamera dan mikrofon akan diaktifkan pada peranti utama dan boleh melihat situasi secara live di kawasan yang diletakkan.

Sumber Gambar: : Aplikasi AlfredCamera Home Security

Untuk makluman, terdapat pelbagai fungsi yang disediakan seperti pengesan pergerakan, mengaktifkan Continuous Focus di mana boleh menfokuskan pada subjek dengan jelas pada setiap masa, mod penjimatan kuasa automatik dan sebagainya. Anda juga boleh memilih untuk menggunakan kamera hadapan atau belakang mengikut keperluan masing-masing.

@osd2umy_oe

Jangan bazirkan handphone/tablet lama anda. Jadikannya sebagai CCTV di rumah atau premis perniagaan 😉 #TikTokGuru #LearnOnTikTok #JomBelajar

♬ original sound – OSD Network & Security – OSD

Di samping itu, anda juga dicadangkan untuk memasang wide angle lens untuk mendapatkan sudut pandangan yang lebih luas. Bahkan, penggunaan tripod juga dilihat penting untuk meletakkan peranti berkenaan.

Dengan langkah ini, kini anda boleh memanfaatkan peranti lama untuk dijadikan sebagai kamera keselamatan tanpa perlu berbelanja lebih. Malah, rumah anda juga lebih terjamin keselamatannya.

Selain itu, anda mungkin sedang mencari sebuah dashcam yang berkualiti untuk dipasang pada kereta. Boleh klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Berbaloi Dan Tahan Lasak, Ini 6 Dashcam Berbaloi Didapatkan Dengan Kualiti Video Yang Baik

6 CCTV Yang Berkualiti Dan Berbaloi Untuk Pengawasan Keselamatan Sekitar Rumah Anda

Sumber