Sewaktu permulaan penawaran vaksin di seluruh dunia, timbul ura-ura di mana vaksin yang ditawarkan adalah tidak selamat serta terdapat juga dakwaan di mana vaksin berkenaan mengandungi mikrocip. Hal tersebut walau bagaimanapun telah dinafikan sepenuhnya oleh pihak yang bertanggungjawab.
Dalam pada itu, siapa sangka teknologi yang hampir sama seperti dakwaan yang dibuat telah menjadi realiti pada tahun ini. Sebuah syarikat di Sweden iaitu DSruptive Subdermals telah mencipta sebuah mikrocip sebesar sebutir beras yang bukan sahaja mampu menyimpan data vaksinasi COVID-19, malah boleh ditanam dalam kulit manusia.
Menurut laporan, mikrocip ini turut berfungsi dalam menyimpan data pasport serta boleh digunakan untuk membuat pembayaran tanpa tunai. Difahamkan penggunaan teknologi NFC antara yang tersedia pada mikrocip ini.
Ketua pegawai pengedaran DSruptive Subdermals berpendapat, teknologi menanam mikrocip merupakan teknologi baharu yang mampu diaplikasikan pada pelbagai situasi. Seorang pengguna mampu menyimpan rekod vaksinasi COVID-19 dengan mudah menerusi mikrocip yang tersedia.
Beliau juga berpendapat mikrocip ini tidak sepatutnya ditakutkan sebaliknya ia hanyalah alat pengenalan identiti.
Dilaporkan mikrocip ini ditawarkan dengan harga €100 (~RM476) serta mampu digunakan sehingga 40 tahun. Meskipun baru sahaja ditawarkan, sehingga kini terdapat sekitar 6,000 rakyat Sweden yang sudah mendapatkan mikrocip ini untuk ditanam pada tubuh mereka.
Tular pada minggu ini apabila profesor ini memberi amaran Bitcoin mungkin berpeluang hilang secara tiba-tiba dalam masa terdekat menerusi beberapa teori yang dikemukakan.
Profesor Ini Beri Amaran Bitcoin Berpeluang Hilang Secara Tiba-Tiba Dalam Masa Terdekat
Gara-Gara ‘Perli’ Kim Jong-un, Pemain Forza Ini Dihalang Akses Hampir 8,000 Tahun